Ayob Khan mula mengganas, makmal termasuk dadah seberat 2 tan bernilai RM111.2j dirampas

Ayob Khan mula mengganas, makmal termasuk dadah seberat 2 tan bernilai RM111.2j dirampas

RM 111.2 JUTA DADAH DIRAMPAS DAN MENUMPASKAN MAKMAL HARAM MEMPROSES DADAH

IPOH, 16 Januari 2022 – YDH CP Dato’ Ayob Khan bin Mydin Pitchay, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman telah mengadakan sidang media di Perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak berkaitan dengan kejayaan menumpaskan makmal haram memproses dadah serta merampas dadah jenis ketamin bernilai RM 111.2 Juta di negeri Perak, hari ini.

3 serbuan telah dilakukan di sekitar negeri Perak oleh sepasukan Pegawai Polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dengan kerjasama JSJN Perak pada 13 hingga 14 Januari 2022 yang lalu.

Dalam serbuan tersebut, pihak polis telah berjaya menahan 3 orang suspek yang terlibat dalam memproses dan mengedar dadah.

Polis berjaya merampas dadah ketamin anggaran berat 2 Tan yang dianggarkan bernilai RM 111.2 Juta. Turut dirampas, bahan-bahan kimia dan peralatan yang dipercayai digunakan untuk memproses dadah, 6 buah kenderaan, 3 utas barang kemas dan Wang Tunai yang dianggarkan bernilai RM 201,307.50.

Kes disiasat di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan suspek direman selama 4 hari.

Pihak polis sedang mencari 3 orang lagi individu yang terlibat dalam kes ini di mana butiran adalah seperti di dalam imej yang dilampirkan.