“Ayuh Puteri Sarah kita ada bukti, ini semua hasutan orang ketiga” – Ibu Syamsul Yusof

“Ayuh Puteri Sarah kita ada bukti, ini semua hasutan orang ketiga” – Ibu Syamsul Yusof

 

Sejak semalam, tular di media sosial berkenaan tindakan pengarah tersohor, Syamsul Yusof yang menfailkan nusyuz terhadap isterinya, Puteri Sarah Liyana dengan mendakwa pelakon berkenaan menghubungi bekas teman lelakinya.

Dia juga mengatakan yang Puteri Sarah berlaku curang dengan suami orang serta menggangu rumah tangga lelaki tersebut.

Datin Patimah sokong Puteri Sarah

Enggan berdiam diri, pelakon drama Andai Itu Takdirnya telah membuat satu kenyataan rasmi menafikan dakwaan tersebut dan tidak takut dengan tindakan yang dibuat Syamsul.

Lebih meyakinkan,ibu mentuanya, Datin Patimah Ismail melalui ruangan komen telah meninggalkan kata-kata semangat dengan menyokong penuh tindakan menantunya itu.

Allah bersama-sama orang teraniaya

Datin Patimah menulis bahawa semua yang berlaku adalah hasutan orang ketiga dan mengatakan Allah S.W.T bersama orang-orang yang teraniaya.

Terdahulu, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memberi peringatan kepada Syamsul bahawa dia dan isteri barunya, Ira Kazar sedang disiasat  di bawah Akta 559, Akta Kesalahan Jenayah Syariah di bawah seksyen 23 iaitu persetubuhan luar nikah.

Dia juga tidak takut dengan kerana percaya dirinya berada di pihak benar.

Sebelum ini, Syamsul telah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor bagi  memfailkan permohonan nusyuz ke atas Puteri Sarah dengan mendakwa isterinya itu berlaku curang dan menjadi punca mereka tidak tinggal sebumbung sejak 2 tahun yang lalu.