Azhan Rani jenguk Fasha Sandha di hospital, “Saya tak nak orang salahkan abang”

Azhan Rani jenguk Fasha Sandha di hospital, “Saya tak nak orang salahkan abang”

 

Sejak semalam, tular di media sosial kondisi aktres terkenal, Fasha Sandha yang mengalami kecederaan sewaktu menjalani pengambaran drama bersama gandingannya,Azhan Rani.

Disebabkan kecederaan yang agak serius di bahagian mata, ada beberapa pihak mulai menyalahkan Azhan Rani kerana dikatakan berlebihan dalam mendalami peran.

Tak salahkan langsung!

Namun begitu, Fasha sama sekali tidak menyalahkan aktor berkenaan dan menganggap kemalangan yang berlaku sesuatu yang tidak dijangka.

Menerusi perkongsina terbaru Azhan di Instagram, dia menjelaskan bahawa dirinya sama sekali tidak lari dan sentiasa menghubungi Fasha untuk bertanya keadaannya. Dia juga turut menziarahi pelakon itu di hospital dan mendapatkan perkembangan terkini menerusi suaminya, Aidil Aziz.

Azhan Rani mohon doakan Fasha Sandha

Menurut Azhan Rani, buat masa ini dia tidak berminat untuk mengulas berkenaan kejadian tersebut dan membiarkan sahaja Fasha Sandha untuk menjelaskan apa yang terjadi selepas pulih nanti.

Dia juga mengatakan yang menerima sahaja semua kecaman dan tohman orang ramai asalkan mereka lega. Namun, dalam setiap kata-kata kecaman itu, dia memohon agar selitkan sekali doa buat Fasha agar cepat pulih seperti sedia kala.

Dikesempatan itu, pelakon yang sinonim dengan watak Ustaz Hamadi itu mengucapkan ribuan terima kasih kepada suami Fasha Sandha iaitu Aidil Aziz kerana menyantuni mereka dan krew produksi semasa kejadian tersebut terjadi.

Terdahulu, Fasha Sandha telah mengalami kecederaan patah tulang mata kiri & bebola mata bengkak selepas ditolak Azhan Rani sewaktu menjayakan sebuah drama.

Disebabkan kecederaan itu, pelakon filem Anak mami itu segera dikejarkan dihospital untuk mendapatkan rawatan.

Walau bagaimanapun, Fasha Sandha sama sekali tidak menyalahkan mana-mana pihak dan berharap agar dapat meneruskan pengambaran dengan segera agar tidak mengganggu jadual yang ditetapkan pihak produksi.