Azhar Sulaiman mahu jual nombor plat ‘MAF14’, harga bermula RM1.85 juta

Azhar Sulaiman mahu jual nombor plat ‘MAF14’, harga bermula RM1.85 juta

Pelakon Azhar Sulaiman menyatakan hasrat untuk menjual nombor pendaftaran kenderaannya, MAF14 dengan harga bidaan bermula dari RM1.85 juta di akaun TikTok miliknya, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian tersebut, Azhar turut memuat naik foto keretanya model Nissan Murano berwarna hitam yang pernah tular tiga tahun lalu disebabkan oleh nombor pendaftaran unik.

 

Dalam pada itu, dia yang mempunyai beberapa syarikat seni bina di Malaysia turut meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi sekiranya terdapat mana-mana individu berminat untuk membeli.

“Satu-satunya gelaran mafia untuk dijual. Bidaan bermula dari RM1.85 juta. Jika anda mafia sebenar, hubungi nombor tertera,” tulisnya dalam perkongsian tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Azhar atau mesra dipanggil Behar sempat berseloroh kononnya mahu menukar nombor pendaftaran mahal itu dengan kenderaan masing-masing.

Tukar dengan kancil turbo L5 boleh?

Jom tukar dengan Saga tapi abang tambah duit

Berbaloi.. tapi hutang dulu boleh?

Gaji RM1500 cukup tak?

Beberapa tahun dahulu, Azhar pernah mencuri tumpuan warganet apabila berkongsikan gambar lesen kenderaan yang baru diperbaharui di laman Instagram miliknya.