“Bab didikan agama champion!”, Sharnaaz Ahmad puji Nabila pandai didik Jebat Jayden bab agama

“Bab didikan agama champion!”, Sharnaaz Ahmad puji Nabila pandai didik Jebat Jayden bab agama

 

Pelakon terkenal,Sharnaaz Ahmad dilihat memuji bekas isterinya, Noor Nabila dalam mendidik anak kesayangan mereka, Jebat Jayden Ahmad lebih-lebih lagi berkenaan agama Islam.

Bab haru biru bagi dekat baba dia

Hal tersebut dikongsikan oleh Sharnaaz di ruangan Insta Story miliknya dengan menyertakan sekali gambar Jebat yang kini berada di Tanah Suci bersama keluarga Nabila.

“Kalau bab agama, Alhamdulillah didikan Nabila champion!” 

“Tapi, bab didikan haru bin biru bin hara,serahkan kepada king of anak antoo. I love you my little anak antoo,” tulis Sharnaaz.

Rindu Jebat yang tengah umrah

Sharnaaz juga sempat berkongsi tangkapan layar ketika membuat panggilan video bersama anaknya dengan menyatakan bahawa dia amat merindui Jebat yang sudah lebih seminggu menunaikan umrah.

Nabila mohon doa untuk kesejahteraan semua

Dalam pada itu, Noor Nabila turut berkongsi ‘update’ terbarunya bersama Jebat di Tanah Suci. Dia yang memuat naik video mengejar burung merpati berasama anak tersayang telah meninggalkan kapsyen memohon doa kepada Allah S.W.T.

Untuk rekod, Nabila dan Sharnaaz Ahmad pernah mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017. Namun jodoh mereka tidak panjang dan telah berpisah pada 9 Julai 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata, Jebat Jayden Ahmad yang lahir pada 30 Ogos 2018.