Baby Shima dedah mesej lelaki miang, ‘Berapa deposit main 2 jam?’

Baby Shima dedah mesej lelaki miang, ‘Berapa deposit main 2 jam?’

 

Sering mendapat kiriman mesej berbaur lucah, penyanyi dangdut, Baby Shima akhirnya tampil mendedahkan wajah netizen di media sosial.

Diajak ‘Main’ Selama 2 Jam?

Menerusi tangkap layar DM (Direct Message) yang dimuatnaik di Instagram, individu lelaki berkenaan bertanyakan kepadanya berapakah deposit yang harus dibayar untuk ‘bermain’ selama dua jam. Baby Shima juga dilihat berkongsi akaun media sosial serta wajah individu itu.

“Hai Baby Shima, Berapa paling less deposit kalau mau main 2 jam?.” – tulis lelaki berkenaan di Instagram

“Sini Tak Ada Jual Beli Main..”

Tidak berdiam diri, Baby Shimatampil menyatakan bahawa tiada jual beli yang dilakukan, malah dia turut tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan individu berkenaan.

“Sini tak ada jual beli main..Sesiapa mau main sama dia boleh bagi less sama dia. Main apa pun Shima tak tau lahh hmm.” – tulis Baby Shima di Instagram

Netizen Gesa Baby Shima Buat Laporan Polis!

Di ruangan komen, rata-rata netizen dilihat menyarankan Baby Shima untuk membuat laporan polis agar individu terlibat mendapat hukuman sewajarnya.

“Report PDRM je Shima..Biar dia tauu.”

“Tengok muka, dah tahu pendek.”

“Report..Please. Make it repost. Ni kalau kena tahan masuk lokap tau.”

“Baru tengok dah tutup akaun.”

Terdahulu, Baby Shima pernah mendedahkan wajah netizen wanita yang menggelar dirinya sebagai wanita yang tidak mempunyai perasaan malu.

Penyanyi dangdut ini kemudian menyelar netizen wanita berkenaan dengan ‘menyindir’ penampilannya yang dilihat lebih ‘terdedah’.