Bagaikan drama, lelaki maut dilanggar lori sejurus bunuh ibu kandung sendiri

Bagaikan drama, lelaki maut dilanggar lori sejurus bunuh ibu kandung sendiri

Seorang anak lelaki disyaki penagih dadah tergamak mengelar leher ibu kandungnya sehingga mati sebelum melarikan diri menaiki sebuah motosikal.

Kejaduan yang berlaku di rumah mereka di Kampung Jeniang, Batu 5, Jalan Gurun Jeniang di sini pada pukul 6.30 pagi ini.

Walaubagaimanapun, ajal lelaki tersebut tidak panjang apabila mati dilanggar sebuah lori tangki kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian sejam kemudian.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, mayat mangsa, Sarah Jon, 70, dikelar pada leher dengan senjata dipercayai pisau tumpul oleh anak bongsunya daripada empat beradik itu, lapor portal akhbar Utusan Online.

Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan pada tangan kanan dan telinga kiri dipercayai ketika mempertahan diri ketika diserang oleh anaknya itu.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku selepas berlaku pertengkaran antara dua beranak tersebut.

“Pemeriksaan di dalam rumah mendapati tiada kesan pecah masuk selain menemukan sejumlah dadah peralatan menghisap dadah,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya, suspek yang juga pesakit mental mempunyai enam rekod jenayah termasuk empat berkaitan dadah.

Beliau memberitahu, mayat warga emas itu dan anaknya dibawa ke Hospital SUltan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk bedah siasat.