Bagaikan mencabar kerajaan, Blackpink dilihat semakin aktif promosikan konsert meganya Mac depan

Bagaikan mencabar kerajaan, Blackpink dilihat semakin aktif promosikan konsert meganya Mac depan

Kumpulan K-Pop popular, BLACKPINK bakal menggegarkan Kuala Lumpur dengan lagu pop rancak dan koreografi mantap mereka dalam satu konsert mega di Malaysia.

Menurut laman Twitter rasmi @ygofficialblink, konsert jelajah ‘Born Pink World Tour’ itu akan bermula di Seoul pada 15-16 Oktober tahun ini dan berterusan ke beberapa negara lain sehingga pertengahan 2023.

Bagi peminat di Malaysia pula, BLACKPINK dijadual mengadakan konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil di ibu negara pada 4 Mac 2023.

Selain di Kuala Lumpur, Jisoo, Lisa, Rose dan Jennie turut akan menggegarkan beberapa negara jiran lain termasuk di Bangkok, Singapura, Manila dan Jakarta.

BLACKPINK yang sinonim dengan lagu rancak “Kill This Love”, “How You Like That” dan “DDU-DU DDU-DU” juga dilaporkan akan melancarkan album baharu mereka pada Ogos serta mengumumkan siri konsert jelajah dunia dalam masa terdekat.

Album itu bakal menjadi terbitan pertama BLACKPINK selepas hampir dua tahun sejak The Album dilancarkan pada Oktober 2020.

Ia sebahagian daripada konsert jelajah dunia In Your Area yang menutup tirai pada awal 2020 sebelum dunia dilandap pandemik COVID-19.