Bagaikan tidak terkesan dengan kes mahkamah, keluarga Ira Kazar ‘seronok’ berjalan di pusat beli belah

Bagaikan tidak terkesan dengan kes mahkamah, keluarga Ira Kazar ‘seronok’ berjalan di pusat beli belah

 

Semalam, kecoh di media sosial apabila pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana telah dibenarkan oleh mahkamah untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap madunya, Ira Kazar, kakaknya, Yasmin dan bapanya, Kazaruddin Saisi.

Difahamkan juga, tindakan tersebut diambil susulan keluarga Ira kazar telah melanggar perintah injuksi yang dikeluarkan pada Julai, tahun lalu.

Perintah injuksi dilakukan berhubung dengan tuntutan saman yang difailkan oleh Puteri Sarah terhadap Ira Kazar yag telah menganggu ketenteraman rumah tangganya.

Disebabkan itulah, Ira atau nama sebenarnya Faghira Fatini Kazaruddin tidak boleh mendekati atau berada dalam jarak 500 meter daripada Puteri Sarah, keluarganya dan keluarga mentuanya, suaminya atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengannya.

Namun begitu, Ira Kazar telah melanggar perintah berkenaan kerana pergi ke luar negara untuk bernikah bersama pengarah kontroversi, Syamsul Yusof sebelum kes saman selesai.

Keluarga Ira seronok jalan-jalan kat ‘shopping mall’

Bagaimanapun, baru-baru ini, adik beradik Ira Kazar termasuklah kakaknya yang terlibat dalam kes mahkamah dilihat sedang ‘seronok’ berjalan-jalan di sebuah pusat beli belah telah berjaya raih perhatian ramai.

 

Terdahulu, Yasmin Kazar menjadi bualan hangat di media sosial gara-gara ciapan Twitternya yang didakwa menyindir pelakon Puteri Sarah dan keluarga Datuk Yusof Haslam.

Bagaimanapun, ciapannya itu tidak merujuk kepada mana-mana pihak namun, ada segelintir individu yang mendakwa kakak Ira itu seolah-olah menyindir Puteri Sarah dan keluarga Yusof Haslam.