Bagaimana jika ada pihak binatangkan Hadi pula nanti, usik Rafizi kepada Takiri

Bagaimana jika ada pihak binatangkan Hadi pula nanti, usik Rafizi kepada Takiri

Rafizi Ramli hari ini menyindir setiausaha Majlis Syura Ulamak Pas, Khairuddin Aman Razali selepas kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Kuala Nerus tersebut ketika mempertahankan perbandingan menggunakan haiwan yang dibuat presiden partinya.

Lebih dikenali dengan panggilan At-Takiri itu berkata perbandingan menggunakan haiwan yang digunakan Abdul Hadi Awang terhadap musuh politiknya dianggap selari dengan apa yang disebut di dalam Al Quran selama ini.

Tidak menunggu lama, Rafizi yang merupakan bekas Naib Presiden PKR itu membalas kenyataan bekas Menteri Sawit itu dengan memuatnaik satu ciapan di laman Twitternya.

At-Takiri yang baru sahaja dipecat daripada jawatankuasa kerja Pas oleh Hadi dilihat cuba menagih kembali kepercayaan presidennya meskipun berbeza pendirian dalam iau hala tuju kerjasama pakatan parti politik.

Dia yang cenderung mempertahankan kerjasama Muafakat Nasional yang terbina bersama UMNO manakala Hadi pula lebih terbuka bersama-sama Perikatan Nasional.

Isu yang timbul selepas Hadi mendakwa UMNO seperti itik yang patah kaki selepas bertindak melupakan jasa Pas membantu parti Melayu terbesar itu keluar daripada bencana PRU-14.

Zahid, dalam kenyataan balasnya mencadangkan Hadi dilantik sebagai Zoologi berbanding Duta Khas Timur Tengah disebabkan sikapnya yang kerap membuat perbandingan menggunakan binatang terhadap musuh politiknya.