Bagaimana ketagihan video lucah mempengaruhi minda anda?

Bagaimana ketagihan video lucah mempengaruhi minda anda?

 

Ketagihan pornografi merupakan satu bentuk masalah emosi dan mental yang banyak melanda para lelaki di dunia.

Alasan untuk memuaskan nafsu dengan lebih selamat sering digunakan mereka tanpa memikirkan kesan jangka masa panjang.

Menurut perkongsian di laman Twitter, menerusi The Sunnah Channel, banyak akibat negatif bakal menimpa anda yang mempunyai masalah ketagihan pornografi. Mari kita ikuti bacaan di bawah.

Hindarilah diri daripada terjebak dengan adegan pornografi. Ini kerana, setiap kali anda menonton pornografi, otak anda tidak mampu membezakan sama ada ianya adalah seks yang sebenar atau pun bukan.

Pornografi

Otak anda akan diprogramkan agar mempercayai bahawa apa yang anda tonton adalah seks yang sebenar walaupun hanya di depan skrin.

Pornografi

Akibat daripada program yang telah berlaku di bahagian otak, ia mampu membawa kepada disfungsi erektil atau dalam bahasa lebih mudah, mati pucuk.

Otak anda juga perlahan-lahan mengalami hilang upaya untuk peka kepada keadaan sama ada seks itu sebenarnya betul berlaku atau pun tidak.

Pornografi

Menurut kajian Everyday Health, 45% lelaki muda yang mempunyai masalah ketagihan menonton pornografi mempunyai masalah mati pucuk.

Menurut Healthline pula, tinjauan di United Kingdom mendapati separuh daripada lelaki berusia lingkungan gagal mengekalkan ereksi mereka. Lebih 1/3 daripada lelaki berkenaan turut mengalami masalah mati pucuk.

Pornografi

Terdapat juga masalah-masalah lain yang dihadapi mereka yang mengalami ketagihan pornografi seperti mengalami kurang tenaga, berasa bersalah dalam tiba-tiba, kurang fokus dan kurang hormon testosteron.