Bagi alasan pergi seorang, gadis kantoi curang dalam ‘live gaming’

Bagi alasan pergi seorang, gadis kantoi curang dalam ‘live gaming’

 

Jika bercakap tentang isu selingkuh, pastinya ia banyak dikaitkan dengan perbuatan golongan lelaki.

Namun berbeza bagi kisah di bawah, tembelang seorang gadis bernama Selia diam-diam menjalin hubungan dengan ‘teman’ lain malah kantoi dengan cara paling tidak disangka.

Jurukamera fokus satu pasangan, tak sangka rupanya skandal

Awalnya, pasangan berkenaan dilihat hadir menyaksikan sebuah pertandingan online gaming atau lebih dikenali sebagai Mobile Premier League (MPL).

Seperti kebanyakan siaran langsung perlawanan sukan lain, jurukamera juga sibuk merakamkan suasana di tempat duduk penonton.

@awanyt_

Pada Dasarnya Wanita Gk Cukup 1 Laki-Laki #awanyt #mpl #selingkuh #mpldate #mlbb #mobilelegends #fyp

♬ Memories x Another Love – playmusicvibes

Selia & teman lelaki PJJ…Iky sudah bekerja, Selia masih bersekolah

Namun pemuda dan gadis itu terus menutup wajah seakan-akan cuak apabila kelibat mereka dirakam.

Rupanya Selia sudah mempunyai teman lelaki bernama Iky yang bekerja di luar negeri.

Kononnya cuma kawan sekolah biasa, Iky cukup kecewa kerana teman wanitanya malah mengkhianati hubungan jarak jauh (PJJ) mereka.

Menggigil lihat kamu dalam kamera

Sudah cuba menjadi pasangan yang terbaik walaupun berjauhan, Iky seakan tidak percaya Selia sanggup menipu. Katanya cuma pergi menyaksikan perlawanan itu seorang diri, walhal ada lelaki lain yang menemaninya.

“Aku yang jauh di sini terkilan, nangis tengok kamu berduaan dengan lelaki lain. Aku rela tinggalkan kejap kerja supaya boleh call kamu biar tak kesunyian.

Aku jauhi semua perempuan yang cuba mendekat, tapi kamu di belakang aku berbuat sebaliknya.

Semalam cakap pergi sorang, tapi kenapa ada lelaki? Jahat sangat kamu ya. Aku kurang apa? Padahal semua benda dah bagi.

Aku kerja jauh, LDR, awek sendiri berduaan dengan lelaki. Patutlah sejak akhir ni jarang video call, takde cari-cari aku, takde tanya khabar. Rupanya ada orang lain”