Bagi yang sedang alami selesema, jangan hembus hidung dengan kuat, boleh akibatkan soket mata retak
Peringatan buat yang sedang alami selesema, hati-hatilah ketika sedang menghembus hidung dan hembuslah dengan cara yang betul.
Ini kerana hembusan yang kuat boleh akibatkan soket mata retak dan hilang penglihatan sementara.
Seorang wanita dari Britain yang menghidap selesema menghembus hidungnya terlalu kuat hingga menyebabkan tulang pada soket matanya mengalami keretakan, lapor satu jurnal perubatan.
Dalam satu kes yang dilaporkan Jurnal Perubatan Britain, wanita berusia 36 tahun itu mengalami kecederaan seperti dia ditumbuk dengan kuat di muka.
Dalam laporan berkenaan, wanita itu berkata, sejurus dia menghembus hidungnya dan beberapa saat kemudian penglihatan di kedua-dua mata kabur.
Wanita itu mendapatkan rawatan di Hospital Universiti North Middlesex pada tahun lalu akibat kehilangan penglihatan sementara dan matanya mula bengkak serta sakit.
2 jam kemudian, hidungnya juga berdarah dan mengadu mengalami sakit menyucuk di sebelah kiri kepala serta tangan kiri.
Selepas membuat imbasan CT, tulang soket mata wanita itu didapati retak dan doktor menganggap kecederaan itu sangat jarang berlaku.
Kecederaan itu berlaku akibat tekanan tinggi di kawasan berkenaan ketika wanita itu menghembus hidungnya dengan kuat.
Keretakan itu menyebabkan lemak mengalir ke saluran udara dan udara terperangkap di tisu di sekitar matanya.
Sebab Terjadi
Menurut Dr. Sam Myers, Pakar Bedah di Hospital North Middlesex University ,London, terdapat beberapa sebab yang mungkin mengakibatkan insiden ini terjadi.
Pertama kerana wanita ini mengalami selesema dan menyebabkan dia menghembus hidung dengan lebih kerap.
Kedua, cara wanita ini menghembus hidungnya juga memainkan peranan.
Wanita ini cenderung menutup sebelah lubang hidung dan hembus dengan kuat yang mengakibatkan tekanan berganda pada lubang hidung yang terbuka.
Tambah doktor ini lagi, wanita ini juga merupakan seorang perokok tegar, menghisap sekotak rokok sehari yang mengakibatkan ia mudah mengalami keretakan.
Pesakit itu diberikan antibiotik dan ubat tahan sakit serta pulih sepenuhnya selepas beberapa minggu, tanpa perlu menjalani pembedahan.
Pengajaran daripada kisah ini, berhati-hatilah ketika menghembus hidung iya. Hembuslah dengan cara yang betul dan jangan dipaksa-paksa.