Bahana sempadan negeri bersebelahan, pekerja restoran didenda setelah didapati melanggar arahan rentas negeri beli barangan keperluan restoran

Bahana sempadan negeri bersebelahan, pekerja restoran didenda setelah didapati melanggar arahan rentas negeri beli barangan keperluan restoran

Jarak 4km yang dipandu untuk mengambil barang keperluan menyebabkan sebuah restoran di Kuala Lumpur didenda RM5,000 kerana melanggar peraturan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Pemilik restoran berkata, beliau akan membuat rayuan selepas polis mengeluarkan notis kompaun atas perjalanan rentas negeri tanpa kebenaran.

Dua pekerja restoran berkenaan di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) yang pergi ke kedai runcit India berhampiran kawasan kejiranan Kayu Ara untuk menambah bekalan barangan bagi tempoh seminggu ditahan polis ketika dalam perjalanan pulang.

Polis mengeluarkan notis kompaun kerana merentas negeri tanpa kebenaran, memandangkan TTDI terletak dalam Kuala Lumpur, sementara kawasan kejiranan Kayu Ara berada bawah Daerah Petaling di Selangor yang dikenakan PKP diperketat (PKPD).

Pemilik restoran Shankar Santhiram memberitahu FMT, beliau akan membuat rayuan berkenaan kompaun yang dikenakan.

Katanya, pekerjanya tidak menyedari bahawa PKPD berkuat kuasa di Kayu Ara, selain tidak ada sekatan jalan raya sepanjang jalan dari TTDI.

Shankar berkata, pekerjanya sudah memberitahu polis mereka bergerak atas urusan kerja dan menunjukkan surat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Restoran disenaraikan sebagai industri yang dibenarkan. Bagaimanapun hanya seorang yang dibenarkan berada dalam kenderaan persendirian, kecuali dengan kebenaran polis.

Sumber – FMT