Baju nikah tonjolkan aset, netizen pelik kenapa PU Riz tak nasihatkan adik ipar

Baju nikah tonjolkan aset, netizen pelik kenapa PU Riz tak nasihatkan adik ipar

Sabtu lalu, adik kepada selebriti popular Neelofa iaitu Athisha Khan selamat bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Wan Amirul Haiqal.

Bagaimanapun, gaun putih yang digayakan personaliti media sosial itu menimbulkan rasa kurang senang di kalangan netizen.

Seorang usahawan @farrafareez_ ada memuat naik video ketika menghadiri majlis perkahwinan itu yang berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur.

.
Athisha yang juga graduan undang-undang dengan perniagaan dari University of Birmingham, United Kingdom mengikat tali pertunangan pada 19 Januari lalu dalam sebuah majlis ringkas di kediamannya.

Sabtu lalu, Athisha menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 dan difahamkan tiada hantaran daripada kedua-dua belah pihak pengantin.

Di ruangan komen rata-rata netizen mengkritik gaun yang digayakan pengantin kerana dikatakan kurang sesuai untuk majlis akad nikah.

Kata netizen lebih manis jika memakai baju kurung tradisional dan gaun dipakai itu nampak kurang manis di bahagian dada.

Malah, netizen turut mempersoalkan peranan abang ipar kepada pengantin perempuan, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz yang dikenali seorang yang alim dan sering berkongsikan kisah-kisah agama melalui FB ‘live’ dengan peminat-peminatnya.

Sumber – RotiKaya