Bakal bergelar bapa, Remy Ishak sahkan isteri hamil 5 bulan

Bakal bergelar bapa, Remy Ishak sahkan isteri hamil 5 bulan

Aktor kacak, Remy Ishak akhirnya mengesahkan bahawa isteri tercinta, Ezza Yusof hamil 5 bulan sekali gus menamatkan spekulasi berkenaan bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Pengalaman yang luar biasa bakal bergelar bapa

Memetik laporan dari Kosmo!, Remy, 40 perasaan bakal bergelar bapa beberapa bulan lagi tidak dapat digambarkan dan ia merupakan satu pengalaman yang luar biasa.

“Bukan sebab saya tak nak dedahkan atau apa. Sebelum ini waktu ditanya, kandungan masih lagi di peringkat awal. Doktor pun beri nasihat tidak mengembar-gemburkan dahulu.”
“Jadi, memang tak boleh nak cakap (kongsi) apa sangat. Sekarang dah stabil dan kandungan Ezza pun doktor kata sihat, bolehkah saya kongsikan kepada orang ramai,” ujarnya.

Isteri dan anak dalam kandungan sihat

Dalam pada itu, pelakon filem Sundal Malam tersebut turut mengatakan imbasan (ultrabunyi) telah dilakukan dan kandungan isteri berada dalam keadaan sihat.

Dia juga dengan rendah hati berharap orang ramai dapat mendoakan isterinya menjalani proses kehamilan dengan baik dan urusan bersalin nanti berjalan dengan lancar.

“Sekarang kandungan dah lima bulan dan kita boleh nampak baby bump. Dah ada ‘baby’ dalam perut. Dah buat imbasan semua dan memang tak boleh sembunyi dah,”
“Orang pun tengok keadaan dia macam mana sekarang kan? Begitulah dan betul apa yang diperkatakan ramai. Tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan bakal bergelar seorang bapa Memang sesuatu yang sangat istimewa,”
“Cuma saya minta doa yang baik-baik daripada orang raami agar fasa baharu dalam kehidupan suami isteri antara saya dan Ezza mendapat rahmat Allah S.W.T. rasa lain macam bila nak bergelar bapa.” katanya

Terdahulu, khabar angin mengatakan yang Ezza Yusof sedang hamil bertiup kencang melihat daripada kondisi penampilannya di media sosial.

Walau bagaimanapun, usahawan berkenaan meminta orang ramai bertanyakan sendiri kepada suaminya, Remy Ishak bagi mendapatkan penjelasan.

Untuk rekod, Remy atau nama sebenarnya, Mohammad Zalimei bin Ishak telah mendirikan rumah tangga dengan Ezza Yusof pada 21 Ogos 2021.