Balik Malaysia semata rindu nak pergi bazar, Azhar Sulaiman pening dengan Leona

Balik Malaysia semata rindu nak pergi bazar, Azhar Sulaiman pening dengan Leona

Influencer dan juga anak kepada aktor terkenal, Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona dilihat sudah berada di Malaysia apabila bapanya berkongsi video menyatakan anak bongsunya itu pulang untuk berpuasa bersama keluarga.

Menurut Azhar, dia sendiri tidak faham mengapa anaknya senang-senang pulang ke Tanah Air dan terus bertanyakan secara langsung kepada Leona.

Balik Malaysia, rindu nak naik motor pergi bazar

Menurut gadis itu, dia merindui suasana berpuasa di Malaysia apabila boleh pergi ke bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa.

“Saya nak pergi naik motor ke bazar Ramadan. Kena Naik Motor, saya tak nak naik kereta.” ujarnya sambil memaklumkan ingin ke Bazar Ramadan Taman Tun Dr Ismail (TTDI).

Haritu dekat Iceland, harini dah di Malaysia

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terkejut memandangkan influencer yang belajar di London itu sudah ada di Malaysia sedangkan sebelum ini dia berkongsi percutiannya di Iceland di media sosial.

Mereka juga meneka bahawa Leona merindui suasana berpuasa di Tanah Air sendiri kerana dapat berkumpul bersama keluarga serta lebih terasa seronok dengan bazar yang berkena juadah.

Suasana di bazar memang sentiasa dirindukan

Dia ulang alik macam KL-JB

 

 

 

Dia balik Malaysia macam tiket harga RM20 je

Ada yang buat perkara sama macam Leona time study dulu

 

Sekitar September tahun lalu, Leona Iris Kasih bersama kembarnya, Andika Rees Pahamin telah berangkat ke London untuk menyambung pelajaran.

Difahamkan, Leona telah mengambil jurusan pengurusan manakala Andika pula akan mendalami ilmu Undang-undang Maritim.