“Balik sekolah je mesti beli” – Pemuda 21 tahun kongsi punca kaki dipotong akibat kencing manis

“Balik sekolah je mesti beli” – Pemuda 21 tahun kongsi punca kaki dipotong akibat kencing manis

Penyakit kencing manis atau ‘diabetes’ adalah salah satu penyakit popular yang sering dihidapi oleh rakyat Malaysia.

Penyakit ini sering dikaitkan dengan pengambilan makanan manis mahupun gula berlebihan oleh badan seseorang manusia.

Penghidap penyakit ini bukan sahaja perlu menjaga pemakanan, malah mereka juga perlu mengambil ubat yang telah disyorkan oleh doktor pada setiap hari.

Lebih parah, terdapat banyak kes di Malaysia di mana penghidap penyakit ini perlu memotong bahagian badan mereka disebabkan mengalami kerosakan tisu dibahagian yang terkesan.

Sebuah perkongsian video di TikTok oleh @kedidi_kakipalsu ada berkongsikan pengalaman seorang pemuda di mana kakinya terpaksa dipotong disebabkan penyakit ini.

Berdasarkan muat naik video itu, pemuda yang baru sahaja berusia 21 tahun itu telah dipotong kakinya disebabkan gemar meminum minuman bergas.

Menurut pemuda itu, dia kehilangan kaki kirinya itu seminggu sebelum puasa pada tahun 2023 ini.

Apabila ditanya berkenaan apa rutin yang dilakukannya sehingga kakinya terpaksa dipotong, pemuda itu menjawab bahawa minuman bergas antara air kegemarannya.

“Banyak minum air bergas, air zaman dulu punya. Balik sekolah je beli, balik sekolah j beli,” jawab pemuda itu sambil tersenyum.

Air minuman tersebut adalah sejenis minuman bergas yang mempunyai pelbagai perisa. Ia biasanya didatangkan dalam bentuk botol berkaca dan cukup popular pada satu masa dahulu.

Menurutnya lagi, selepas kakinya dipotong segala aktiviti hariannya menjadi terbatas sekaligus tidak dapat bekerja lagi.

Sebelum ini, pemuda itu memaklumkan bahawa dia pernah bekerja di sebuah restoran makanan segera selama setahun enam bulan.

Pemuda itu akhirnya berjaya mendapatkan bantuan kaki palsu bagi memudahkan urusan hariannya pada masa akan datang.

Perkongsiannya itu telah menyebabkan video tersebut dibanjiri dengan komen yang pelbagai daripada pengguna media sosial tersebut.

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Syukur adik ni masik tersenyum, semoga diberi kesihatan lebih lagi,” tulis seorang netizen yang mendoakan pemuda tersebut.

“Tak apa dik, perkara dah berlaku. Jangan putus asa, teruskan jaga kesihatan selepas ini. Moga dimudahkan rezeki selalu,” tulis seorang lagi netizen yang memberikan nasih kepada pemuda itu untuk menjaga kesihatan.

“Salute dekat adik ni. Masih boleh tersenyum dan kekal positif,” puji seorang netizen terhadap semangat positif pemuda itu.

@kedidi_kakipalsu

Adik Mahathir umur 21 dah kena potong kaki sebab kencing manis🥹 #misibantuankakipalsu #prubsnprihatin #mobilityislife #diabetes #kencingmanis #amputeestory

♬ original sound – kedidikakipalsu – kedidikakipalsu