Bangga canang telur daripada FAMA ke Terengganu bukan telur import, sekali tampil Menteri MAFS dedah kebenarannya

Bangga canang telur daripada FAMA ke Terengganu bukan telur import, sekali tampil Menteri MAFS dedah kebenarannya

 

Kerajaan Pas Terengganu menjadi sebutan di kalangan wargamaya kebelakangan ini gara-gara sikap besar kepala para pemimpinnya diketuai Menteri Besarnya.

Bermula dengan isu pemergian MB bercuti ke New Zealand tatkala rakyat di negeri tersebut mengharungi kepayahan dilanda banjir, sehinggalah enggan hadir menyambut kunjungan PM Anwar Ibrahim ke Terengganu baru-baru ini.

Terbaru, tampil satu lagi isu yang memalukan melibatkan seorang Exco, Dr. Azman Ibrahim yang meluahkan kebanggaan berkongsikan usaha merangka langkah menangani masalah kekurangan ayam dan telur di negeri itu.

Dalam hantaran penuh bongkak yang dibuat menerusi FBnya itu, Exco tersebut turut menafikan peranan Kementerian MAFS yang diterajui musuh politik partinya, Mohammad Sabu dalam membantu usaha tersebut.

Namun, dengan tidak semena-mena, hantaran FBnya itu mendapat perhatian pihak menteri terlibat, seterusnya bertindak memuat naik jawapan yang dianggap wargamaya telah berjaya membuatkan Exco tersebut kesipuan.

Sehingga kini hantaran Menteri MAFS itu telah mengumpul lebih seribu reaksi dan dikongsi hampir 500 pengguna FB.