Bank CIMB kembali jadi sebutan, terbaru ustazah popular luah hasrat ingin bertemu dengan CEO selepas diperlakukan seperti bola hampir 2 bulan

Bank CIMB kembali jadi sebutan, terbaru ustazah popular luah hasrat ingin bertemu dengan CEO selepas diperlakukan seperti bola hampir 2 bulan

Bank CIMB pernah tular gara-gara kisah kehilangan duit simpanan oleh seorang doktor pakar terkenal negara, Dr Rafidah Abdullah baru-baru ini.

Menurut pakar perunding perubatan berkaitan buah pinggang di Hospital Putrajaya itu, mendedahkan wang simpanan sebanyak RM13,000 lesap dalam akaun bank miliknya.

Menerusi perkongsian di Facebook, pakar buah pinggang itu meluahkan rasa kecewa apabila wang miliknya lesap sekelip mata menerusi tiga transaksi mencurigakan.

“Sudah hampir 30 tahun dengan CIMB. Hari ini sangat sangat kecewa dengan CIMB. Langsung tiada sekuriti. Takkan la tiga transaksi melalui CIMB click berjumlah RM13,000 pada 2 pagi hingga 2.30 pagi tidak ada trigger langsung? Langsung tidak ada minta kod kebenaran transaksi (TAC). Lesap dalam sekelip mata.

rafidah 1

Dr Rafidah Abdullah

This is absolutely ridiculous. Saya dah report ke CIMB, polis dan sebagainya. Setakat ini feedback adalah kalau scammer dah keluarkan duit, duit itu tidak akan dapat dipulangkan. Tidak apa. Saya reda,” ujarnya yang bercadang menutup akaun bank terebut dalam masa terdekat.

Menurut Dr Rafidah lagi, dia berterima kasih dengan pelbagai respons netizen selepas pendedahannya mengenai kes itu, namun turut simpati akan nasib mangsa-mangsa yang lain.

Kisah itu nampaknya tidak berhenti di situ sahaja. Terbaru tular lagi satu kisah yang dikaitkan dengan bank yang sama oleh seorang lagi pempengaruh terkenal berstatus ustazah.

Dalam perkongsiannya di FB, Dato’ Ustazah Siti Bahyah Mahamood memohon pertolongan pengguna media sosial bagi mendapatkan cara membolehkannya berhubung dengan Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) CIMB.

Meskipun beliau menyembunyikan punca tindakannya itu, namun ia turut dikaitkan dengan kejadian serupa dialami Dr Rafidah sebelum ini.

Assalamualaikum semua yang dikasihi Allah ❤️
Salam Jumaat. Perbanyakkan berselawat ke atas Nabi saw ye. Rindunya kat Rasulullah saw hingga tangisan tak mampu nak ditahankan..
Moga kita mendapat Syafaat Baginda saw.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Ustazah nak minta tolong sikit boleh..
Ada tak di kalangan Sahabat FB yang kenal dengan CEO CIMB Bank CIMB Malaysia
Ustazah ada perkara yang sangat penting untuk diadukan pada beliau.
Sekian lama berhubung dengan Customer Service tetapi jawapan yang diberikan tidak juga kesampaian. 2 bulan menanti…😭
Terima kasih banyak-banyak ye 💕
Semoga diberkati Allah SWT 🤲

Sementara itu, bertindak daripada hantaran tersebut, pihak CIMB dalam respon pantasnya membalas komen ustazah Siti Bahyah tersebut serta meminta maklumat lengkap kejadian tersebut bagi dipanjangkan ke bahagian Customer Resolution Unit (CRU).

Namun kesediaan CIMB menghulurkan bantuan segera kepada ustazah Sti Bahyah ditolaknya memandangkan perkara yang menimpanya telahpun berlanjutan selama lebih 2 bulan tanpa sebarang jawapan diberikan pihak CRU CIMB.

Membaca hantaran komen pengguna media sosial terhadap hantaran ustazah siti Bahyah pula meluahkan rasa kecewa mereka terhadap perbezaan layanan pihak bank antara rakyat biasa dan mereka yang berpengaruh.