Bantuan e-Wallet RM200 untuk belia akan masuk minggu ini

Bantuan e-Wallet RM200 untuk belia akan masuk minggu ini

 

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah Bantuan e-Dompet yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat Februari lalu.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kerajaan ini :

bantuan ewallet rm200

Bantuan e Wallet RM200

Ketika membentangkan Belanjawan 2023, Perdana Menteri telah mengumumkan sebuah inisiatif yang dikenali sebagai E-Tunai Belia Rahmah.

Bantuan ini pada asasnya melibatkan jumlah e-Tunai sebanyak RM200 yang diberikan secara ‘one-off’ kepada setiap yang layak dengan peruntukan sebanyak RM400 juta.

Penerima e-Wallet

Berdasarkan laporan Utusan Malaysia, Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk memperluaskan pemberian bantuan ini kepada semua mahasiswa yang berkelayakan dan tidak terhad kepada mahasiswa berusia 18 hingga 20 tahun sebagaimana pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa program Sesi Dialog Bersama Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 7 April lalu.

Pihak Kementerian Kewangan dengan kerjasama kementerian yang terlibat kini dalam proses memuktamadkan dengan penyediaan perkhidmatan e-dompet berhubung pembangunan sistem data program ini termasuk keperluan pengajian.

Senarai IPT Menerima e-Tunai Belia Rahmah

Berdasarkan kepada kenyataan daripada Menteri Kewangan, inisiatif e-Tunai ini adalah untuk belia Rakyat Malaysia berumur 18 – 20 tahun. Program bantuan ini juga telah diperluas kepada semua mahasiswa di Malaysia.

Berikut adalah senarai Institut Pengajian Tinggi yang layak untuk menerima bantuan ini:

  • Kolej Komuniti
  • Politeknik
  • Universiti Awam (UA) /Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
  • Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
  • Pelajar institusi pendidikan setaraf Tingkatan 6
  • Sijil Tinggi Agama (STAM)
  • Diploma Kolej Vokasional
  • Senior Middle 3
  • Diploma dan setaraf dengan TVET
  • Pengajian Asasi / Asasi A-Level
  • Diploma Baccalaureate Antarabangsa
  • Diploma Matrikulasi Australia (AUSMAT).
  • Diploma Lanjutan
  • Sarjana dan setaraf
  • Doktor Falsafah dan setaraf dengannya
  • Sarjana Muda dan setaraf
  • Kursus profesional di peringkat diploma dan ke atas, yang diiktiraf oleh Kerajaan atau Badan Profesional di Malaysia

Tarikh Pembayaran

Pelaksaan inisiatif ini akan dibuat bermula pada bulan Jun 2023 dan diharapkan dapat membantu meringankan beban dan berhadapan kos sara hidup yang turut meningkat di kampus.

Berkenaan dengan kaedah penebusan/pengkreditan – ia berkemungkinan akan dilaksanakan seperti mana bantuan-bantuan e-Tunai sebelum ini iaitu melalui platform-platform e-Tunai seperti TNG e-wallet, Grab, Boost dan sebagainya.

Menurut Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, bantuan ini akan diagihkan sebelum Hari Raya Haji iaitu pada minggu ini.

Cara Tebus Kredit e-Tunai Belia Rahmah (Klik Bawah)

Untuk tebus/ claim kredit bantuan ini, anda perlu memuat turun (download) salah satu daripada aplikasi e-dompet berikut:

  • ShopeePay
  • BigPay
  • Boost
  • Touch N Go eWallet
  • GrabPay

Selepas memuat turun aplikasi tersebut, anda perlu membuat akaun dan mengesahkan identiti anda.

Setelah akaun anda disahkan, anda boleh mengikuti langkah berikut untuk tebus:

  1. Buka aplikasi e-Wallet
  2. Pilih bahagian “e-Tunai Belia Rahmah”
  3. Masukkan No. Kad Pengenalan
  4. Klik butang “Tebus/ Claim”
  5. Anda akan menerima mesej pengesahan setelah proses kredit berjaya