Bantuan kewangan RM500 kepada pencarum KWSP

Bantuan kewangan RM500 kepada pencarum KWSP

 

Terdahulu, pengumuman Bajet 2023 Malaysia MAdani di bawah Kerajaan Perpaduan disampaikan oleh Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bajet 2023 kali ini bertemakan Membangun Malaysia MADANI yang merupakan antara langkah awal struktur semula ekonomi negara.

Pelbagai bantuan dan inisiatif yang kerajaan berikan kepada rakyat pada bajet kali ini salah satunya adalah mengenai KWSP.

BANTUAN KEWANGAN RM 500 KWSP

Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan akan menambah caruman simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM 500 kepada individu yang layak.

Perkara di atas diumumkan pada pembentangan bajet 2023 lalu. Pelaksanaan program berkenaan membabitkan peruntukan hampir RM1 bilion yang akan diberikan kepada hampir dua juta ahli yang berusia antara 40 hingga 54 tahun.

SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan yang diperlukan bagi tambahan simpanan RM 500 pula adalah

  • Pencarum Ahli KWSP yang mempunyai simpanan kurang RM 10,000 dalam akaun satu KWSP

MEMBANTU SIMPANAN HARI TUA

Tambahan simpanan RM 500 merupakan antara usaha kerajaan untuk rakyat membina semula simpanan persaraan bagi memastikan simpanan yang ada kelak mencukupi untuk membiayai hari persaraan.

Anwar berkata, kerajaan turut berharap agar rakyat yang mempunyai simpanan mencukupi akan terus menyumbang supaya semua lapisan pencarum mendapat manfaat.

PENGELUARAN SIMPANAN RM 500

Bantuan tambahan RM 500 tersebut hanya boleh dikeluarkan setelah pencarum mencapai umur matang iaitu pada 55 tahun. Ia dikeluarkan bersama-sama amaun penuh KWSP yang lain.

Tetapi, sekiranya anda masih berumur 54 tahun dan ke bawah, bayaran tambahan tersebut tidak boleh dikeluarkan.