Bantuan Tunai Rakyat Fasa 1 untuk keluarga dan bujang akan disalurkan bulan ini

Bantuan Tunai Rakyat Fasa 1 untuk keluarga dan bujang akan disalurkan bulan ini

 

Bantuan BTR fasa 1 telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dijadualkan pembayaran akan dilaksanakan pada bulan Januari 2023 pada asalnya bantuan tunai ini akan dibahagikan pada bulan Mac. Perkara ini telah diberitahukan ketika mesyuarat kali pertama bagi penggal pertama parlimen ke 15 di dewan rakyat.

Dalam ucapan beliau di parlimen mengesahkan bahawa pembayaran Bantuan Tunai Rakyat (BTR) fasa 1 akan mula diagihkan kepada kategori keluarga dan bujang bermula Januari tahun 2023. Walaupun jumlah bantuan keseluruhan sudah dimaklumkan secara besar jumlahnya akan dibahagikan maka atas keprihatinan kerajaan, bantuan kewangan ini telah dipercepatkan pada bulan Januari nanti.

Kami akan ceritakan apa dikongsikn oleh kerajaan akan maklumat ringkas berkenaan Bantuan BTR fasa 1 yang perlu kita ketahui kerana ini adalah insentif yang baru diperkenalkan oleh pihak kerajaan perpaduan ini.

Apa yang paling menyedihkan adalah golongan yang kurang bernasib baik seperti keluarga b40. Gaji yang mereka terima hanya cukup-cukup makan sahaja. Kadang-kadang tidak mencukupi dan terpaksa berhutang di hujung bulan. Itulah lumrah yang sentiasa golongan B40 hadapi lagi-lagi yang menetap di Kuala Lumpur yang mana kos sara hidup mereka lebih tinggi.

Sehubungan dengan itu, Perdana Menteri Malaysia Malaysia, Dato’ Seri Anwar nin Ibrahim dibawah kerajaannya, Kerajaan Perpaduan hari ini telah mengumumkan inisiatif bantuan untuk keluarga Malaysia. Bantuan tersebut adalah, Bantuan Tunai Rakyat (BTR)Anwar berkata, Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Fasa 1 akan diagihkan lebih awal pada Januari 2023 berbanding Mac tahun ini.

BANTUAN TUNAI RAKYAT 2023

Untuk makluman semua, bantuan BTR ini adalah sama seperti bantuan tunai sebelum ini seperti BSH, BPR dan BKM. Insentif BTR ini adalah merupakan bantuan berbentuk tunai yang diberikan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan terutama kepada gologan B40 dan miskin.

Insentif ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban pembelanjaan golongan yang berpendapatan rendah yang terdiri dari kategori isi keluarga, bujang dan ibu bapa tunggal.

Menurut Perdana Menteri Malaysia, perlaksanaan program bantuan BTR ini telah melibatkan dana peruntukan berjumlah RM2 bilion dan akan memberi manfaat kepada kira-kira hampir 9 juta rakyat Malaysia yang berkelayakan pada tahun .

PERMOHONAN

Untuk makluman semua, buat masa ini belum ada kenyataan rasmi berkenaan cara memohon atau kemaskini bantuan BTR. Berkemungkinan data maklumat penerima bantuan sebelum ini akan dimasukan ke dalam sistem BTR.

Kadar Bayaran Bantuan Tunai Rakyat 2023

Jadual Bayaran BTR 2023

Bantuan Tunai Rakyat (BTR) akan dimanfaatkan hampir 9 juta penerima yang layak mengikut syarat kelayakan yang ditetapkan oleh kerajaan.

KADAR BAYARAN BTR FASA 1

Untuk pengetahuan umum, bayaran BTR fasa 1 akan melibatkan 2 kategori iaitu keluarga dan bujang. Kadar bayaran adalah seperti berikut :

  1. Kategori bujang akan menerima agihan berjumlah RM100
  2. Kategori keluarga akan menerima agihan berjumlah RM300.

JADUAL BAYARAN BTR FASA 1

Pada awalnya bayaran BTR adalah pada bulan Mac. Namun disebabkan beberapa faktor seperti bencana banjir yang sedang melanda dan atas keprihatinan pihak kerajaan. Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa pembayaran BTR fasa 1 dipercepatkan pada bulan Januari 2023.

Berikut merupakan kategori penerima BTR yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan;

KATEGORI BILANGAN ANAK / PENDAPATAN JUMLAH BANTUAN

  • Pendapatan isi rumah kurang daripada RM2500 sebulan 5 orang RM2500
  • Pendapatan isi rumah kurang daripada RM2500 sebulan 1-4 orang RM1000 – RM2000
  • Pendapatan isi rumah antara RM2500 sehingga RM5000 Bergantung kepada bilangan anak RM500 – RM1250
  • Bujang Bergantung kepada pendapatan RM350
  • Warga emas tiada pasangan Bergantung kepada pendapatan RM600
  • Ibu / Bapa Tunggal Bergantung kepada pendapatan Tambahan RM500

Adakah Perlu Membuat Permohonan Baru untuk BTR 2023

Bantuan Tunai Rakyat (BTR) ini adalah bantuan kewangan tahunan bagi penerima layak yang tersenarai sebagai layak menerima bantuan ini.

Oleh itu, individu yang telah menerima bantuan BKM lama TIDAK PERLU membuat permohonan baru untuk mendapatkan Bantuan Tunai Rakyat (BTR) ini.

Syarat BTR untuk Keluarga & Bujang

Syarat BTR Kelayakan Permohonan Bantuan Tunai Rakyat 2023

Oleh kerana BTR ini adalah bantuan tahunan yang dilanjutkan oleh kerajaan sebelum ini, maka syarat kelayakan bagi permohonan baru Bantuan Tunai Rakyat (BTR) 2023 adalah tidak berbeza seperti bantuan-bantuan sebelum ini.

Antara syarat-syarat yang dikenakan bagi permohonan baru adalah seperti berikut;

1. Syarat Permohonan Isi Rumah

  • Pemohon mestilah merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
  • Pemohon merupakan lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga yang
  • bekerja di Malaysia yang mempunyai jumlah pendapatan kasar bulanan RM5,000 atau kurang.
  • Pasangan pemohon mestilah merupakan warganegara Malaysia atau memiliki kad pengenalan Malaysia.
  • Anak pemohon mestilah anak kandung atau anak angkat yang berdaftar dibawah JPN.
  • Anak pemohon mestilah memiliki kad pengenalan atau MyKid.
  • Anak pemohon juga hendaklah individu yang tidak bekerja atau masih belajar.

2.Syarat BTR Bujang

Pemohon mestilah merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.

  • Pemohon hendaklah individu yang bekerja di Malaysia yang mempunyai jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 atau kurang bagi yang berumur 21 tahun sehingga 59 tahun dan OKU yang berumur 19 tahun sehingga 59 tahun.

Permohonan Baru BTR 2023

BTR 2023 yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri pada tempoh hari lalu hanyalah kadar jumlah Fasa 1 yang bakal diterima oleh penerima.

Permohonan baru bagi bantuan ini masih tidak dibuka lagi. Segala maklumat permohonan akan dimaklum dalam masa yang terdekat.

Kemaskini Bantuan Tunai Rakyat BTR 2023

Pengumuman rasmi berkaitan BTR 2023 berkaitan pengemaskinian maklumat masih belum dimaklumkan.

Oleh itu, proses kemaskini belum boleh dilakukan dan ini akan dimaklumkan oleh kerajaan daripada semasa dan semasa.

Kemaskini ini perlu dilakukan oleh individu pemohon yang ingin membuat pindaan terhadap permohonan mereka sahaja.

Untuk maklumat lebih lanjut, rakyat boleh merujuk kepada laman sesawang https://btr.hasil.gov.my sebagai rujukan awal sebelum maklumat lengkap berkaitan BTR 2023 diumumkan.

Kenapa Bantuan Tunai Rakyat Diawalkan Ke Januari 2023

BTR 2023 yang asalnya ditetapkan pada Mac 2023 telah diawalkan ke bulan Januari 2023. Makluman ini diumumkan oleh Perdana Menteri pada 20 Disember 2022. Tujuan pemberian bantuan ini diawalkan adalah untuk meringankan beban rakyat yang terlibat dalam bencana alam pada akhir tahun 2022.