“Banyak jantan sakit mental…” – Puteri Sarah bengang komen hinaan dikatakan ‘barang 2nd hand’
Baru saja kita meraikan Syawal hari kemenangan dan bermaaf-maafan, sudah ada peminat yang tidak sensitif dan menulis komen hinaan di media sosial.
Terkini di platform X, Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin bertindak berkongsi satu hinaan pengikutnya @afiqazni yang menulis kata-kata hinaan “geng secondhand ke ni” selepas dirinya memuat naik video lagu Alamak Raya baru ini.
Tidak berdiam diri dengan komen hinaan tersebut, Puteri Liyana pantas membalasnya “Ya, @smafiq pondan macam dia ni lah masa memondan kat IG orang lain.
Ni lah nama IG dia – smafiq. Kemain kau komen hina aku dengan @BellaAstillah . Kat sini pengecut pulak. Actually banyak je jantan sakit mental penuh kat komen IG tu. tapi yang ni do not know how to stop. @afiqazni kenapa block aku ? pic.twitter.com/2hPLEzWfvo
— Puteri Sarah Liyana (@sarahmegat) April 14, 2024
Tidak terhenti setakat itu saja, pelakon berbakat ini turut menempelak kaum lelaki yang di sifatkannnya sebagai sakit mental kerana hanya berani menulis sesuatu yang menyakitkan hati di media sosial tetapi tidak berani bila berhadapan.
“Bukan main kau komen hina aku dengan Bella. Dekat sini pengecut pula, sebenarnya banyak sahaja jantan sakit mental penuh dekat komen IG tu,” tulisnya.
Benar bagai dikata Puteri Liyana, sebaik dirinya menulis komen tersebut, individu yang juga pemilik akaun @smafiq yang menghinanya dan Bella di IG itu sudah menyekatnya di media sosial.
— Puteri Sarah Liyana (@sarahmegat) April 14, 2024
Katanya, dia menyifatkan pemilik akaun berkenaan sebagai pengecut kerana hanya berani meninggalkan komen penghinaan itu di media sosial.
“Ehh? Pengecut rupanya ‘block’ (sekat) kita. Ingat hebat sangat. Komen dekat IG macam bagus.
“Bukan main kau komen IG aku. Dah letak muka tiba-tiba ‘profile’ semua hilang. Bila tweet bukan main nampak baik tapi munafik. Sudahlah komen kurang ajar,” tulisnya.
Sebaik memuat naik perkongsian ini, ramai peminat menyuruhnya membuat laporan ke SKMM termasuk ada yang menyebarkan wajah lelaki tersebut.
Apa pun, jangan jadi toksid di media sosial orang lain kerana ianya milik peribadi. Tak suka boleh ignore, bukan mencurah api.