Bapa buntu, anak gadis 17 tahun lari dari rumah – “Mintak tolong sangat cari anak saya”

Bapa buntu, anak gadis 17 tahun lari dari rumah – “Mintak tolong sangat cari anak saya”

 

Sejak kebelakangan ini, tak dinafikan banyak insiden melibatkan kehilangan anak terutamanya pada usia remaja tular di laman sosial.

Bukan setakat mengejutkan seluruh rakyat Malaysia, malah hati ahli keluarga sendiri resah memikirkan apa nasib yang bakal terjadi terhadap mereka.

Bapa tak tenang anak 17 tahun lari rumah…kali terakhir nampak di Subang Jaya SS19

Baru-baru ini, hati seorang bapa tidak tenang apabila anak gadisnya berusia 17 tahun telah menghilangkan diri selepas lari dari rumah sejak semalam.

Menurut Amirul Rizal, remaja yang dikenali sebagai Amira Balqis itu kali terakhir dilihat di sekitar Subang Jaya SS19.

Buntu sebab tak pernah jadi macam ni…phone & IC tak bawa, tak taulah dia ada duit ke tidak

Dalam satu rakaman video dimuat naik ke Facebooknya, Amirul turut buntu memikirkan nasib anak perempuannya itu memandangkan insiden sebegini tak pernah terjadi dalam keluarganya.

Jelasnya, usaha untuk menjejaki Amira agak sukar apabila gadis berkenaan tidak bawa sekali telefon bimbit serta kad pengenalan semasa lari dari rumah semalam.

Contact cikgu atau rakan sekolah anak…moga lembut hatinya untuk balik semula pada keluarga

Pagi ini, berita kehilangan anak gadis Amirul Rizal menjadi tular selepas dikongsi oleh lebih 2 ribu pengguna laman Facebook.

Di samping menitipkan doa agar Amira dilembutkan hati untuk pulang semula ke pangkuan keluarga, mereka turut beri beberapa cadangan untuk jejakinya seperti berhubung dengan guru atau rakan sekolah.