Bapa gamak biar anak 2 tahun mati kebuluran
Anak-anak merupakan amanah Tuhan yang harus dijaga sebaiknya. Mereka ialah pelengkap rumah tangga dan juga penyeri hidup ibu bapa.
Namun seringkali kita mendengar kes anak-anak disia-siakan oleh orang tua mereka samada ada didera atau diabaikan.
Namun di Amerika Syarikat, penganiayaan yang lebih teruk berlaku apabila seorang kanak-kanak berumur 2 tahun telah meninggal dunia akibat kebuluran.
Jeffrey Exon, berasal dari Kansas telah mengabaikan anaknya dengan tidak memberinya makan dan minum selama beberapa hari. Akibatnya, Aurora Exon, anaknya meninggal dunia.
Perkara itu dilaporkan sendiri oleh Jeffrey melalui talian kecemasan 911, memberitahu bahawa anaknya tidak bernafas lagi. Setelah bedah siasat dijalankan, Aurora dipercayai meninggal dunia kerana kurang zat (malnutrisi).
Bapa tidak bertanggungjawab itu kemudian ditangkap dan dibicarakan. Mahkamah bertindak tegas dengan memberi hukuman penjara selama hampir 57 tahun atas beberapa kesalahan antaranya membunuh dan membahayakan kanak-kanak.
Pendakwa raya turut berkongsi fakta kes bahawa badan Aurora telah dingin ketika dijumpai, dan mangsa dipercayai telah meninggal dunia selama beberapa hari.
Penyiasat turut memaklumkan bahawa mereka menjumpai 5 botol arak di dalam bilik Jeffrey. Mereka juga berpendapat bahawa masalah ketagihan alkoholnya menyebabkan dia mengabaikan anaknya selama beberapa hari.
Abang Aurora, yang berumur 4 tahun ketika kejadian turut memberi keterangan bahawa bapanya mengunci mereka di dalam bilik tanpa makanan selama beberapa hari ketika dia tidur.
Sedih kan? Sepayah mana pun kehidupan kita, janganlah pernah kita mensia-siakan anak-anak kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi.