Bapa pasrah, aksi anak naik motor permainan cuit hati ramai

Bapa pasrah, aksi anak naik motor permainan cuit hati ramai

 

Satu klip video yang memaparkan telatah seorang kanak-kanak perempuan berumur empat tahun gembira menaiki motor permainan di sebuah pasar raya di Muar, Johor tular di media sosial.

Menerusi perkongsian di laman TikTok Triple D’ Dessert, klip video berdurasi 0:27 saat itu memaparkan riak bapa kanak-kanak tersebut yang kelihatan pasrah melihat ragam anaknya itu.

Bagaimanapun, bapa berkenaan tertawa sejurus anak perempuannya membuat aksi ‘superman’ secara spontan.

Perkongsian video daripada ibu kanak-kanak itu, Nur Hidayah Adilah Mohd Derin, 29, mendapat perhatian ramai dengan 294,000 tanda suka.

Menurut Nur Hidayah Adilah, anak sulungnya itu seorang yang ceria dan suka melakukan aktiviti lasak.

“Kejadian itu berlaku selepas suami ambil anak dari sekolah.

“Lepas balik sekolah memang mahu singgah kedai, jadi suami layankan kehendaknya.

“Sebenarnya video itu dirakam oleh kawan suami dan tidak sangka ia menjadi tular,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.