Bapa pernah paksa minum arak, anak menangis ibu tidak dapat hak jagaan

Bapa pernah paksa minum arak, anak menangis ibu tidak dapat hak jagaan

Sejak semalam, video seorang ibu berpurdah yang terlepas hak jagaan anak perempuannya, Maisarah (9) telah tular di media sosial. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Daripada tangisan yang keluar, terlihat jelas betapa budak itu sangat berat hati untuk dilepaskan kepada bapanya.

Bekas suami failkan hak jagaan…Beberapa NGO sedihkan peguam dari firma guaman terkemuka

Kisah sayu itu dikongsikan oleh Encik Yuseri Yusoff menerusi Instagram. Dalam penjelasan awal, Puan Aishah yang kini telah memeluk agama Islam rupanya sudah berpisah dengan suaminya. Saat tinggal dengan si ayah, budak perempuan ini hidup berendam air mata kerana tidak diberikan perhatian sewajarnya.

 

Masa dijaga ayah, Maisarah diserah kepada ramai orang…Ayah berkesedudukan dengan perempuan

Tidak cukup dengan penganiayaan, dia juga pernah dipaksa mengambil minuman keras. Meskipun lelaki itu gagal menjalankan tanggungjawab, dia yang disokong oleh beberapa NGO malah berjaya mendapat hak jagaan kanak-kanak berkenaan. Manakala permohonan Puan Aishah yang cuma dibantu oleh peguam Biro Bantuan Guaman langsung tidak didengari.

 

Terima kasih kepada yang bantu tularkan kisah Puan Aishah

Yuseri Yusoff selaku Pengasas YY Community Centre bagaimanapun akan cuba membela nasib Puan Aishah dan Maisarah. Mereka sudah memfailkan notis rayuan untuk menolak keputusan yang dikeluarkan pihak mahkamah semalam. Tabung dana juga sudah dilancarkan bagi menampung kos guaman sepanjang perbicaraan berjalan nanti.