Bapa sakit tenat, Sajat dalam dilema

Bapa sakit tenat, Sajat dalam dilema

Bapa usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 37, atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat kini berada dalam keadaan tenat.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh adik Nur Sajat, Mustika menerusi perkongsian di Instagram Storynya hari ini.

“Minta semua doakan ayah saya, ayah dah makin tenat,” katanya ringkas.

Sementara itu, Nur Sajat dalam satu hantaran di Instagramnya mengesahkan bahawa kesihatan bapanya tidak begitu baik sejak minggu lepas lagi.

“Minggu lepas lagi ayah tak sihat, Sajat kat sini ‘video call’ dan dapat kirimkan duit belanja untuk keluarga.

“Apa-apa pun, Kak Long dan Mak selalu ‘update’ pasal hal ayah saya. Doakan baik-baik untuk keluarga saya. Harap semunya okey,” tambahnya.

Terdahulu, Nur Sajat kini menetap di Australia sejak tahun lalu setelah mengambil keputusan untuk melarikan diri dari Malaysia setelah menjadi buruan pihak berkuasa.