Bapa saudara Hafidz Roshdi bersuara, dakwa Shuhada guna kisah anak-anak untuk ‘marketing’

Bapa saudara Hafidz Roshdi bersuara, dakwa Shuhada guna kisah anak-anak untuk ‘marketing’

 

Pendedahan isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi berkenaan kesihatan mental anak perempuannya, Humairah, 6 tahun baru-baru ini rupanya kurang disenangi oleh ahli keluarga suaminya.

Tak setuju tindakan Shuhada

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh bapa saudara Hafidz Roshdi dikenali sebagai Adlan, dia tidak setuju perkongsian Shuhada tentang kesihatan mental yang dihidapi cucu saudaranya dibuat dengan menyertakan sekali pautan untuk perniagaannya.

WhatsApp Image 2023-04-07 at 7.27.26 PM

Tak pernah sokong setiap kesalahan

Menerusi perkongsian tersebut, lelaki berusia 50 tahun itu mengatakan yang pihak keluarga mereka sama sekali tidak menyokong sebarang bentuk kesalahan, namun mereka memilih  cara sendiri untuk menanggapi urusan tersebut dan tidak di media sosial.

“Buat makluman semua, tiada ibubapa yang menyokong anak2 jika ada melakukan kesalahan atau kesilapan. Pihak keluarga Hafidz mempunyai cara mereka sendiri didalam urusan tersebut dan ianya tidak perlu menjadi urusan rasmi didalam media sosial. Privasi. Period.” tulisnya.

Seakan sengaja mencabar & buat provokasi

Ujarnya lagi, sebenarnya dia tidak mahu ikut campur berkenaan urusan Shuhada, namun apabila wanita itu mulai menyentuh perihal anak-anak yang menjadi ‘kelemahan’ buat Hafidz, ia seakan sengaja mencabar dan membuat provokasi kepada pihak keluarga mereka.

“Uncle berdiam diri selama ini, kerana Uncle telah berjanji pada diri sendiri, jika cuma kamu mula membabitkan anak2 Hafidz didalam melepaskan dendam dan amarah kamu.

“Dunia ini bukan kita satu orang yang punya. Dunia ini juga ada tindakbalas. Jika negatif yang kamu mahukan, maka negatif lah yang akan datang bergolek.

“Sikap manupulasi, cabar mencabar dan provokasi yang selama ini oleh diri kamu, sedang kamu persembahkan kepada umum.” ujarnya.

“Sengaja buat ‘uncle’ triggered”

Tegasnya, jika tidak dapat membantu untuk pemulihan semula semangat dan kekuatan untuk Hafidz, jadi lebih elok tidak merumitkan lagi dengan menjadikan anak-anak pelakon itu sebagai cara membalas dendam dan melepaskan amarah.

Jadi, Adlan menyatakan kepada Shuhada yang dia bersedia untuk membuatkan wanita itu bermuhasabah diri dengan semua yang telah dilakukan.

“Ingat pesanan Uncle. Kamu dah triggered Uncle. Pada hari ini dan mulai hari ini, semua tindakbalas bergantung kepada kamu. Cuma kamu perlu tahu, Uncle mempunyai 11 mukasurat bersamaan 4350 patah perkataan bagi membuatkan kamu duduk, bermuhasabah diri . Kamu pilih,” tegasnya.

Dalam pada itu, bapa saudara kepada Hafidz itu juga memuat naik beberapa tangkapan layar Insta Story Shuhada yang menceritakan perihal kesihatan mental dan gelagat anak-anaknya dengan mempromosikan perniagaan sebagai salah satu bukti yang akan dianalisis untuk rujukan.

Salah satu rujukan untuk dianalisis

Terdahulu, menerusi posting di Insta Story, isteri kepada Hafidz Roshdi telah menceritakan perjalanan bagaimana dia mengesan anak perempuannya menghidapi masalah mental health.

Dia juga memaklumkan beberapa perkara yang berubah selepas Humairah dilihat tidak lagi seperti sebelum ini lebih-lebih lagi apabila melihat dia menangis.

Jadi, Shuhada telah membawa Humairah ke hospital dan kini masih dalam proses mendapatkan rawatan bagi mengembalikan kesihatan mentalnya.