“Bapa saya gangster” – Gadis menangis kantoi berduaan di kubur Cina, teman lelaki malu tak sempat nak pakai seluar
Sepasang kekasih ditangkap khalwat di sebuah tanah perkuburan Cina dan kedua-duanya dalam keadaan tidak memakai seluar ketika diserbu.
Kejadian itu berlaku di Kabupaten Tangerang, Indonesia dan menerusi video yang tular wanita tersebut didengari menangis teresak-esak kerana ketakutan.
Difahamkan serbuan dilakukan selepas penduduk membuat aduan sering ternampak sepasang kekasih berdua-duaan sedang bermesra di kawasan perkuburan tersebut waktu malam.
Wanita itu ketika ditangkap menangis sambil menutup bahagian bawah badannya dengan kain dan merayu-rayu agar pihak berkuasa tidak memaklumkan hal tersebut kepada ibu bapanya.
Jangan encik, saya takut bapa saya, bapa saya gangster.
Teman lelakinya pula dilihat menutup muka dan dalam keadaan malu kerana tidak sempat untuk menyarung semula seluarnya.
Pihak polis kemudian membawa kedua-dua mereka ke balai untuk disoal siasat dan tidak pasti jika keluarga dimaklumkan tentang penangkapan itu.