Bapa tiri berdepan hukuman penjara 830 tahun, ibu Qistina pula sekadar menjadi saksi

Bapa tiri berdepan hukuman penjara 830 tahun, ibu Qistina pula sekadar menjadi saksi

 

Seperti diketahui umum, misteri kehilangan Aliah Qistina Budiyanto sejak bulan lalu telah bertukar jadi isu lebih menakutkan pula.

Tanpa disangka-sangka, ibu dan ayah tiri yang giat mencarinya sebelum ini disyaki bersekongkol melakukan jenayah berat pula terhadap remaja berusia 16 tahun itu.

Pengajar kelas renang & isteri direman kerana ‘ratah’ anak tiri

Minggu lepas, seorang pengajar kelas renang ditahan polis atas kesalahan ‘meratah’ anak tirinya hingga menyebabkan dia lari dari rumah akibat trauma.

Selain itu, isterinya turut direman bagi membantu siasatan atas dakwaan bersubahat menyembunyikan perbuatan suspek.

@malaysiagazette

“Esok, suspek yang bekerja sebagai pengajar kelas renang akan berdepan 12 pertuduhan rogol di bawah Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan. “Lelaki itu juga akan didakwa bagi 12 tuduhan melakukan amang seksual mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.” – Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah #malaysiagazette #mgnews #bapatiri #anaktiri #ibukandung #gururenang #830tahunpenjara

♬ Menanti Di Barzakh – Kumpulan Far East

Esok suspek berdepan 32 pertuduhan berat…jika sabit kesalahan, boleh dipenjara 830 tahun

Terbaru memetik portal Berita Harian Online, suspek berusia 36 tahun akan berdepan sebanyak 32 pertuduhan membabitkan jenayah terhadap anak tirinya di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh esok.

Malah jika sabit kesalahan, secara keseluruhannya tertuduh boleh dikenakan hukuman sebatan dan tempoh maksimum penjara selama 830 tahun.

Sementara itu isterinya pula tidak didakwa, sebaliknya dijadikan sebagai saksi pendakwaan.

Suspek dilaporkan menutup mulut & buat tindakan terkutuk itu tanpa kerelaan anak tirinya

Menurut Ketua Polis Melaka, hasil siasatan mendapati pelajar Tingkatan 4 itu dakwa dirinya telah dicabul oleh suspek sejak awal Januari 2020.

Pada suatu malam, dia telah didatangi ayah tirinya untuk melakukan perbuatan terkutuk itu tanpa kerelaannya.

Difahamkan lagi, semasa kejadian tersebut ibunya sedang tidur di bilik berasingan.