Baru 2 bulan bersalin czer & kini terhamil lagi, wanita tanggung derita.. nak jalan pun sengsara

Baru 2 bulan bersalin czer & kini terhamil lagi, wanita tanggung derita.. nak jalan pun sengsara

Sekitar pertengahan Januari lalu, pernah tular kisah seorang isteri merajuk dan sedikit kesal dengan suaminya setelah disahkan hamil anak kedua. Bukanlah tidak mensyukuri rezeki Allah, namun wanita itu rupanya baru 4 bulan bersalin anak sulung menerusi kaedah czer.

Lepas 4 bulan beranak czer, doktor sahkan hamil 2 bulan

Saat diperiksa, doktor mengesahkan kandungan itu sudah berusia 2 bulan. Awalnya, Venny pernah terfikir untuk ‘membuang’ janin itu lantaran merasa tidak bersedia. Bukan sahaja emosi terganggu, pastinya kesihatan dalaman juga belum pulih 100% daripada prosedur kelahiran czer yang dilaluinya.

Semangat ya ibu hamil

Kini kandungan Venny memasuki fasa trimester 3 iaitu sekitar 7-8 bulan. Semalam suaminya, Akash Elahi berkongsikan detik-detik hiba Venny berjalan turun dari tingkat atas untuk dibawa ke pusat rawatan. Mengalami kesulitan berjalan selain pinggangnya perlu dialas dengan bantal lembut, pergerakan Venny benar-benar nampak menyiksakan kerana perlu berhati-hati dengan keperitan di bahagian pinggul

@akashellahi

Semanget ya bumil#akashellahi

♬ bunyi asal – hilang – hilang

@akashellahi

Sakit luar biasa #akashellahi

♬ original sound – K 7

@akashellahi

Smoga cepat sembuhya @VENNYALBERTI #akashellahi

♬ Dj Ketika Cinta Bertasbih – Ayvell Project

Suami jangan fikir nafsu ja…Ingatlah kesihatan isteri jauh lebih penting

Menerusi ruangan komen, ramai yang merasa kasihan dengan keadaan Venny. Justeru netizen berharap semoga ia menjadi pengajaran agar mereka lebih bijak mengatur jarak kehamilan selepas ini.

Pernah melakukan hal sama, ada para wanita akui mereka juga alami dugaan sebegitu termasuklah rasa perit di bahagian jahitan czer.