Baru buka jahitan, Shuhada kini ditawar jadi model fesyen muslimah terkenal

Baru buka jahitan, Shuhada kini ditawar jadi model fesyen muslimah terkenal

 

Di sebalik kemelut melanda rumah tangga, nampaknya rezeki mencurah buat isteri pelakon sensasi Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri apabila ditawarkan menjadi model untuk sebuah jenama fesyen muslimah terkenal.

Menerusi laman Instagram, seorang jurumekap dikenali sebagai Leeya berkongsi satu video menata rias wajah wanita berusia 29 tahun itu ketika menjayakan ‘photoshoot’ atau penggambaran bagi koleksi pakaian jenama tersebut.

“Shuhada Shukri for Bella Ammara. Please remember you are beautiful and powerful, Leeya sentiasa doakan Shu. Shu baru bukak benang jahit semalam so area situ tak boleh letak any product,” tulisnya hari ini.

Difahamkan, dua cahaya mata Shuhada iaitu Humairah dan Umar turut terlibat sama dengan menggayakan pakaian jenama berkenaan dipercayai bagi koleksi raya yang bakal diraikan dalam tempoh dua bulan lagi.

Perkara tersebut dapat dilihat menerusi beberapa rakaman video memaparkan konsep hari raya yang dimuat naik Shuhada di InstaStory miliknya.

Menggayakan koleksi baju raya

Humairah & Umar pun ‘shooting’ sekali

Manis berbaju kurung moden

 

Meninjau di ruangan komen, ramai pengikut Leeya memuji kecantikan Shuhada selepas mengenakan solekan selain memberikan kata-kata semangat supaya dia terus kuat menjalani kehidupan bersama dua orang anaknya.

Lawa! Jangan pandang belakang

Terima kasih beri dia rezeki

Moga dipermudahkan urusan

Terdahulu, kisah rumah tangga Hafidz dan Shuhada menjadi bualan hangat selepas pelakon terbabit dikatakan telah melafazkan talak satu terhadap isterinya menerusi panggilan telefon disaksikan oleh ahli keluarga.

Keadaan bertukar semakin kecoh apabila Hafidz didakwa menumbuk wanita tersebut sebanyak tiga kali sehingga terpaksa menerima 10 jahitan pada bahagian wajah.