“Baru dua minggu khatan terus kahwin” – Kisah wanita 41 tahun kahwin dengan budak bawah umur, anak kawan baik

“Baru dua minggu khatan terus kahwin” – Kisah wanita 41 tahun kahwin dengan budak bawah umur, anak kawan baik

 

Seorang wanita tular dan menjadi perbualan pengguna media sosial selepas dia berkahwin dengan remaja lelaki berusia 16 tahun.

Video perkahwinan mereka tular selepas dimuat naik di akaun Instagram dan wanita bernama Mariana dari Kalimantan Barat, Indonesia itu telah bernikah dengan anak rakannya.

Mariana dan wanita yang kini menjadi ibu mentuanya sudah berkawan baik sejak 2 tahun yang lalu.

Ketika kanak-kanak, Kevin sering datang ke kedai saya untuk beli snek. Tak sangka saya akan berkahwin dengannya. Kami berkahwin dengan niat untuk jalani hidup bersama, perbezaa usia tidak menjadi masalah.”

kahwin

Tambah Mariana lagi, sebaik sahaja semua pihak bersetuju mereka akhirnya sah menjadi suami isteri selepas dua minggu Kevin disunatkan.

Tidak pasti jika mereka bakal dikenakan tindakan namun Kevin dikira masih bawah umut mengikut undang-undang di negara itu.

Kementerian Kementerian Pemerkasaan Wanita dan Perlindungan Anak (PPPA) Indonesia telah menetapkan bahawa umur minimum untuk berkahwin bagi lelaki dan wanita adalah 19 tahun.