Baru enam bulan kahwin, suami dah angau perempuan lain, alasan suami buat aku menangis

Baru enam bulan kahwin, suami dah angau perempuan lain, alasan suami buat aku menangis

 

KATA orang, lima tahun pertama perkahwinan merupakan fasa yang paling banyak dugaannya.

Namun bagi seorang wanita, dia sudah mula merasakan ketegangan dalam hubungan suami isteri ketika perkahwinannya baru berusia enam bulan.

Menerusi satu perkongsian, wanita itu mendedahkan dia dan suami hanya berkenalan selama lima bulan sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

“Kenal pun tak lama dalam lima bulan, terus tunang dan nikah. Sebelum kahwin, suami kerja biasa-biasa je gaji bawah RM1,500.

“Saya pula pelajar tapi saya kerja sambilan bahagian sales dan gaji RM4,000 ketika itu. Nak bantu dia, saya ajak suami untuk join sekali buat sales. Alhamdulillah sekarang gaji dia dah RM3,000,” luahnya.

Menurut wanita itu, suaminya mengenali seorang perempuan berstatus pelajar pada bulan ketiga perkahwinan mereka, sehingga ke tahap mahu berpisah dengannya.

“Dia jadi angau gila sampaikan fikir nak berpisah dengan saya. Sebelum kahwin, saya pernah cakap yang saya tak akan boleh terima orang lain.

“Sekarang ni dia berbelah bahagi. Dia tak nak buang saya dan pada masa sama dia sayangkan perempuan tu. Saya dan mak mentua dah jumpa dengan perempuan tu untuk beritahu hal sebenar, tapi perempuan tu masih buka ruang untuk suami saya,” katanya lagi.

Dalam pada itu timbul pula pelbagai pandangan yang dikatakan menjadi punca kepada keretakan rumah tangganya, termasuk dakwaan suaminya terkena sihir.

“Sebab mereka baru kenal tak sampai dua minggu dan suami angau gila. (Suami) layan saya macam saya tak wujud… sepatutnya dia mempertahankan saya sebagai isteri, tapi dia mempertahankan perempuan luar lebih daripada saya.

“Sakitnya hanya Allah yang tahu. Sebagai isteri, saya sangat sedih dan kecewa. Yelah, entah perempuan dari mana datang, tiba-tiba dua minggu je boleh buat suami lupakan saya.

“Suami pernah cakap ‘awak dah terbaik untuk saya, tapi dengan dia, saya rasa tenang‘. Yang sedihnya, kami baru enam bulan berkahwin,” ujarnya.

Bukan sekadar itu, suaminya turut mengadu pada perempuan itu mengenai dirinya yang bersikap ‘bossy’ dan suka ‘control’.

“Mana tidaknya, tiga bulan dia duduk rumah tak bekerja. Saya pula yang struggle buat semua benda. Paling sedih, suami tak suka travel atau jalan-jalan.

“Tapi dia boleh bawa perempuan tu jalan-jalan naik Genting, balik esok pagi dengan kereta yang saya bayar tiap-tiap bulan.

“Setiap hari saya menangis mengenangkan perkara ni. Saya berbelah bahagi sama ada nak pertahankan perkahwinan kami atau melepaskan dia.

“Sedih tahun pertama Ramadan sebagai suami isteri tapi tak dapat rasa semua tu. Sejujurnya, nak putus asa. InsyaAllah saya cuba ikhtiar apa yang patut, semoga Allah bagi yang terbaik,” katanya menerusi luahan di laman Twitter ConfessTweetMy.

Di ruangan komen, rata-rata netizen menyuarakan simpati termasuk berkongsi beberapa pandangan dan cadangan berhubung hubungannya bersama suami.

“Lelaki ni nampaknya cuma mempergunakan awak je. Lebih baik failkan penceraian, sebelum ada anak. Dah naik Genting balik pagi, redflag sis. Mungkin ada hikmah Allah tunjuk sikap suami lebih awal.

“Lari cepat! Baru enam bulan belum ada anak senang nak berpisah. Nanti dah anak berderet lagi susah. Dia kena sihir lantakkan dia. Gaji RM3,000 nak pasang dua, adoi!

“Anak pun tak ada lagi kan, anggap Allah nak bagi petunjuk dia bukan untuk awak, awak berhak memiliki seseorang yang lebih baik,” komen netizen.