Baru saja tular video maki hamun suami, kak KM beri bayangan bakal pegang status janda?

Baru saja tular video maki hamun suami, kak KM beri bayangan bakal pegang status janda?

 

Sering mencetuskan kontroversi, usahawan jamu terkenal Liana Rosli ataupun lebih dikenali sebagai Kak KM ada mencuri perhatian netizen di Tiktok.

Dalam hantaran tersebut, Kak KM seolah-olah memberi bayang bahawa dia tidak lama lagi akan memegang status ‘J’.

Antara spekulasi status ‘J’ adalah mungkin membawa maksud janda seperti yang didakwa netizen.

@llianarosli

♬ original sound – Lianaroslishop – Lianaroslishop

Kak KM yang pada mulanya dipuji cantik oleh seseorang dan merakam video kemudian disahut usahawan itu.

“Mungkin akan membawa status ‘j’” ujarnya sambil ketawa.

Malah dalam satu hantaran lain, Kak KM juga ada membuat hantaran berbaur nasihat yang menyuruh agar suami tidak sesekali menyakiti hati isteri jika tidak boleh membahagiakannya.

Kalau tak boleh bahagiakan isteri, jangan cuba sakitkan hatinya.

Susulan itu, ramai yang mengaitkan hantaran tersebut dengan insiden kemalangan kereta membabitkan suaminya, Razman Ramli yang enggan memohon maaf akibat peristiwa itu.