“Baru sebulah lebih kahwin , suami dah kantoi bayar perempuan lain buat video call, sembang benda lucah”

“Baru sebulah lebih kahwin , suami dah kantoi bayar perempuan lain buat video call, sembang benda lucah”

 

Baru berkahwin pun sudah buat perangai, seharusnya golongan yang masih belum puas hidup bujangni ‘skip’ dulu halalkan hubungan.

Ini tidak, tetap teruskan dengan perkahwinan dan pada akhirnya yang merana adalah pasangan serta anak-anak.

Seorang wanita tak menyangka suami yang baru dikahwini sebulan lebih sudah mula dengan perangai zaman bujangnya.

Di bawah adalah luahan tersebut.

Saya baru bernikah dengan suami saya baru sebulan lebih. Pada mulanya semuanya seronok dan bahagia lepas balik dari bulan madu masing-masing mula bekerja.

Suami saya selalu kerja luar negeri kiranya tiap-tiap minggu ada sahaja kena dan balik hujung minggu.

Tiap kali dia balik saya memang akan check telefon dia sebab banyak benda dah berlaku waktu tunang sampai buat saya ada masalah nak percaya dia.

Kantoi bayar wanita untuk video call

Sungguh saya tak sangka hari pertama selepas honeymoon, dia kerja luar negeri dia mesej perempuan lain untuk bervideo call sembang benda lucah dan berbayar.

Dan saya jumpa folder tersembunyi dia menyimpan video lucah. Allah! Terkejut sangat dah la baru balik honeymoon. Terkilan sangat-sangat dengan dugaan yang saya kena lalui ini.

Kami bergaduh dan selepas itu kami berbaik, dia janji dan sumpah dia tak akan buat mcm itu lagi. Saya percaya dan tak putus doa jugak untuk dia berubah.

Sangkal saya salah, baru baru ini selepas dia balik dari outstation, saya buka telefon dia. Saya perasan ada nombor tak kenal WhatsApp dia. Saya tanya siapa ini sebab profile photo dia perempuan.

Suami saya bagitahu ini kawan kerja dia tapi dia guna telefon bininya. Saya jadi pelik dan bertanya ulang-ulang sampai suami saya naik rimas.

Dia cakap “fikirlah yang tak elok dekat suamimu ini” bila dia cakap mcm tu, saya rasa berdosa dan serba salah sangat.

Saya biarkan dulu dan waktu dia tido saya ambil telefonnya. Sebab saya ada sangsi benda lain, di telefon saya, saya ada nampak telegram dia tapi di telefonnya tak ada aplikasi itu.

Saya jadi pelik dan perasaan ingin tahu tu datang. Saya cuba download semula aplikasi itu di playstore tapi tidak boleh.

Rupanya simpan banyak video lucah

Rupa-rupanya aplikasi tu disembunyikan di setting dia. Bukan aplikasi itu sahaja, ada aplikasi dating yang lain.

Saya buka satu satu, telegramnya penuh video lucah dan ada mesej dengan perempuan untuk video call lucah berbayar.

Terkejut sangat tak tahu dari bila semua ini berlaku. Saya scroll sampai ke bawah terlalu banyak.

Saya buka aplikasi satu lagi yang disembunyikan, aplikasi dating. Atas sekali chat pertama adalah chat perempuan yang mesej di whatsapp.

Saya baca sampai bersayang-sayang muah-muah segala. Patutlah selama ini dia mesej saya pendek-pendek dan kalau call pun sekejap-sekejap rupanya dah melayan orang lain.

Bukan sorang itu sahaja, saya scroll ke bawah banyak sangat chat dengan perempuan lain. Bercall bervideo call.

Allahu waktu tu saya dah bergetar, suami saya yang tengah tidur nyenyak di sebelah, saya tepuk banyak kali sekuat hati sambil menahan amarah dan tangisan.

Suami saya bangun dan terkejut kenapa, saya cakap “kaulah lelaki yang paling babi aku pernah kenal” bila saya tunjuk dia apa yang saya jumpa, dia hanya mampu diam.

Kami bergaduh dan bergelut sebab dia nak merampas telefonnya dan saya minta dia delete semua itu depan saya. Dia ok.

Selepas dari itu, saya tak tahu nak buat apa dan mcm mana lagi. Saya tak mampu nak ubah suami saya kalau dia sendiri tidak mahu berubah.

Saya tak mampu nak kawal apa yang dia akan buat. Kecewanya saya hanya Allah yang tahu.

Saya terfikir, adakah saya salah pilih suami, apa salah saya sampai diuji macam ini. Apa kurangnya saya, semua tu buat saya terfikir.

Suami saya hanya tidur memeluk saya dan meminta maaf. Tapi maafnya sudah saya tak rasa apa apa, saya cakap dia hanya memeluk jasad saya tapi hati saya dah tawar.

Saya hanya tidur solat dan menangis semahunya hari esoknya.