Baru semalam viral gagah kerja hantar makanan, pak cik Zakaria terus pencen atas derma orang awam

Baru semalam viral gagah kerja hantar makanan, pak cik Zakaria terus pencen atas derma orang awam

 

Sehari lalu, pengguna TikTok Hazwan Hafiz telah memuat naik sebuah video sebak menyaksikan kegigihan seorang warga emas yang masih keras mencari rezeki sebagai penghantar makanan.

Di usia-usia lanjut menjelang 70 tahun, Pak Cik Zakaria gagah bekerja walaupun pergerakannya sudah perlahan.

Kasihan tapi dalam masa yang sama cemburu dengan semangat pak cik ni

Paling menghibakan, keadaan tubuhnya yang sudah membongkok bukan alasan untuknya bermalas-malasan mencari rezeki.

Video itu kemudiannya ditularkan semula oleh Caprice membuatkan semakin ramai rakyat Malaysia bermurah hati memberikan derma seikhlas hati.

@hazwanhfiz

Kesian pada masa yang sama cemburu dengan semangat pakcik Grabfood ni. Dalam bongkok² dia pun satu KL dia pusing cari rezeki bulan puasa ni.. Moga dipermudah segala urusan beliau. Yang biasa duduk di Mont Kiara & Sri Hartamas mesti biasa jumpa pakcik ‘legend’ ni. #Grabfood #MontKiara #SriHartamas

♬ original sound – Jayhadee®️ – Jayhadee®️

Terlampau ramai transfer dalam satu hari, akaun kena sekat

Alhamdulilah di bulan Ramadan yang sangat suci, siapa sangka Pak Cik Zakaria mendapat satu nikmat tidak terjangka.

Begitu ramai orang baik terus menghulurkan bantuan kewangan tanpa henti sehingga akaun Maybank yang digunakan sebagai tabung kutipan dana ‘disekat’ sementara kerana bilangan transaksi terlalu banyak dalam 1 hari.

Selamat hari pencen pak cik…InsyaAllah today will be his last day at work

Sesungguhnya rezeki tidak pernah salah alamat. Sehari yang lalu, dia masih keras mengerah kudrat tanpa rungutan meskipun kesihatannya tidak berapa baik.

Namun malam tadi, Caprice berkata ia merupakan hari terakhir lelaki tua itu bekerja kerana wang dermaan orang awam kini memadai untuknya ‘berpencen’ apa adanya.