Baru seminggu bergelar janda, ramai lelaki cuba nasib mengurat Nora Danish
Rumah tangga pelakon Nora Danish dan suaminya Nedim Nazri akhirnya terlerai apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta pada 19 Jun lalu.
Belum cukup seminggu kembali solo, nampaknya ramai lelaki yang mencuba nasib mengurat pelakon itu diruangan komen TikTok untuk berkenalan.
@noradanishhanif My forever gf 😉 @Inayah Beauty Trading #gattox
Menerusi ruangan komen perkongsian itu, ramai yang mendedahkan bakat yang dimiliki mereka untuk memikat hati Nora, malah gurauan mereka ternyata membuatkan netizen lain terhibur.
Terdahulu, Nora berharap orang ramai mendoakan yang terbaik buat mereka sekeluarga dan paling penting mereka mahu membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang.