Baru tahu rupanya tak boleh ‘laminate’ geran tanah, pejabat tanah anggap rosak & kena mohon semula
PELBAGAI cara boleh dilakukan bagi memastikan dokumen penting berada dalam keadaan baik dan tidak rosak.
Bagi masyarakat dahulu, bekas bola bulu tangkis adalah alat terbaik untuk menyimpan dokumen seperti geran tanah dan sijil-sijil kerana sukar ditembusi air mahupun haiwan perosak seperti anai-anai.
Seiring perubahan zaman dan kewujudan pelbagai teknologi, kebanyakan masyarakat kini gemar menggunakan kaedah ‘laminating‘ kerana dokumen kekal selamat dan tidak mudah dirosakkan.
Bagaimanapun, kaedah tersebut tidak boleh dilakukan pada geran tanah.
Menerusi hantaran tular, seorang peguam, Khalil Md Rofiee menyatakan tindakan laminasi pada geran tanah akan menyebabkan dokumen tersebut dikategorikan sebagai rosak.
Ini lima senario yang sering terjadi membabitkan geran tanah.
1. Geran tanah yang koyak, basah, dimakan anai-anai dan diconteng sudah dianggap rosak atau ‘total lost‘.
2. Sekiranya rosak, perlu buat permohonan geran tanah baru yang mengambil masa sebulan.
3. Geran tanah sangat berguna untuk tujuan jual beli dan urusan pusaka selepas kematian pemilik kelak.
4. Terdapat kes pusaka yang sepatutnya selesai dalam tempoh dua bulan tetapi terpaksa tangguh sehingga hampir setahun disebabkan kerosakan geran tanah.