“Barulah aku tahu pakcik saudara suami aku, Uncle Kerek dan isterinya telah menempah suami aku untuk dijadikan menantunya semenjak suami aku kecil lagi sehinggakan anak perempuannya, Ipah dilarang untuk bercinta”
Apabila seseorang diserang penyakit memang boleh mengubah perilakunya lebih-lebih lagi layanan terhadap keluarga terdekat. Ada orang yang lebih beremosi dan sensitif apabila mereka sedang sakit.
Disebabkan itulah ramai yang mudah terasa hati apabila menjaga orang sakit terutama yang telah uzur. Ini kerana mereka tidak sedar apa yang keluar dari mulur mereka dan tidak lagi mampu berfikir secara waras. Ikuti kisah yang dikongsi kali ini mengenai perubahan sikap apabila diserang strok.
Di Malaysia ni ramai yang pangkal namanya ada nama keturunan seperti T, M, S, R… Aku tak pernah ambil pusing pun tentang keturunan ni sebab bagi aku, di sisi Allah kita semua sama hambaNya. Yang membezakan hanya iman seseorang.
Ditakdirkan suami aku berketurunan yang sinonim dengan warna. Dari berkenalan sehingga berkahwin, suami aku tak pernah sekalipun buka cerita tentang keturunan pada pangkal namanya. Dan aku pun tak pernah bertanya.
Walaupun kadangkala bila adik beradik mertua aku berkumpul, mereka asyik bercerita dan mengimbau tentang salasilah keluarga mereka, aku langsung tak pernah berminat untuk bertanya.
Setelah aku bersalin anak ketiga, barulah aku tahu bahawa pakcik saudara suami aku, Uncle Kerek dan isterinya telah menempah suami aku untuk dijadikan menantunya semenjak suami aku kecil lagi sehinggakan anak perempuannya, Ipah dilarang untuk bercinta.
Ipah sebaya dengan aku dan dihantar belajar ke luar negara. Apa yang menyakitkan hati aku, Uncle Kerek menyindir aku dengan perkataan “anak ramai tapi tiada keturunan” bila aku melahirkan anak perempuan yang ketiga.
Sedangkan ketika itu, si Ipah baru je berkahwin di usia 30an dengan seorang lelaki yang agak berusia dan masih belum mempunyai anak. Sehingga kini di usia lewat 40 an dia masih belum direzekikan zuriat.
Raya tahun 2006 adalah raya terakhir aku dan suami berkunjung ke rumah Uncle Kerek. Di dinding rumah Uncle Kerek, ada macam carta organisasi yang menunjukkan salasilah keturunan mereka.
Yang membuatkan aku marah, di sebeIah nama suami aku, tiada nama aku. Kotak nama dikosongkan seolah-olah suami aku seorang bapa tunggal. Mustahil dia lupa nama aku sedangkan nama anak-anak aku ada di situ.
Perasaan aku ketika itu memang di luar kawalan. Aku sangat marah dan aku haramkan untuk aku dan anak-anak menjejakkan kaki ke rumah tu lagi.
Aku luahkan kemarahan aku di depan suami dan ipar duai. Suami memujuk aku dan ipar duai meminta aku bertenang. Lupakan tentang sikap Uncle Kerek kerana bagi aku asalkan keluarga mertua melayan aku dengan baik.
Betul, suami aku anak bongsu dan tentunya anak kesayangan mertua. Dalam tempoh 18 tahun perkahwinan, ibu mertua memang banyak lebihkan aku. Lembut bahasanya dan pemurah.
Lebih lagi setelah kelahiran anak keempat aku, seorang lelaki yang dari lahir hingga besar terserlah ketampanannya dan yang pastinya membawa “nama” keturunan suami aku.
Oh ya, mereka yang berketurunan warna ni sangat merajakan kaum lelaki ye. Orang lelaki tak perlu buat kerja-kerja rumah. Pinggan cawan ketua rumah tidak boleh dikongsi Kalau boleh, ketika makan lauk pauk pun isteri perlu sendukkan ke pinggan suami. Banyak lagi lah “undang-undang”nya.
Mujurlah suami aku tak begitu. Mula-mula reaksi keluarga suami aku nampak tak senang bila tengok suami aku buat susu anak, tukar drypers anak, mandikan anak, melipat kain dan bantu buat kerja-kerja rumah lainnya.
Tapi lama kelamaan mereka puji suami aku kerana rajin membantu isteri. Pada tahun ke 19 perkahwinan kami, ditakdirkan ibu mertua terkena stroke. Sikapnya berubah 360 darjah. Mungkin selama dia waras dan sihat, dia tahu membezakan apa perkataan yang perlu diluahkan dan perlu disimpan.
Setelah kena str0k, dia seperti tak dapat memendam apa yang disimpan di lubuk hatinya selama ini. Terlafaz la segalanya. Disebabkan penglihatannya dah kabur dan dah tak boleh berjalan, kami adik beradik bergilir-gilir menjaganya.
Bila giliran aku, berbagai cacian dilemparkan terhadap aku. Digelar perempuan gedik sebab tu anak dia tergiIakan aku. Ada suatu hari aku ketawa bila bergurau dengan suami aku. Ibu mertua tak puas hati dengar aku ketawa. Di depan suami dia herdik aku, “Diamlah!! perempuan ni dari dulu asyik tergedik-gedik”.
Namun, aku masih bersyukur. Suami dan ipar duai sangat baik dan sangat menjaga hati. Kadangkala dia berlakon seolah-olah tak mengenali aku dengan pertanyaan, “Kau ni isteri yang mana”. Tapi aku bukan lah menantu lindungan kaabah.
Mungkin dengan pendidikan dan jawatan yang aku pegang menjadikan aku perempuan yang tidak mudah ditindas. Aku bertanya ibu mertua semula, “Anak mak ada berapa orang isteri?”. Dari sinilah aku tahu bahawa, dia juga pernah berharap yang suami aku dapat dijodohkan dengan si Ipah tapi terpaksa terima pilihan anaknya.
“Apa kau buat kat rumah aku ni, jangan kau menyibuk dalam keluarga ni”. Ini adalah ayat yang paling sukar aku lupakan hingga saat ini walaupun telah lebih setahun dia dijemput Ilahi. Sebenarnya aku sayang ibu mertua aku.
Bila memikirkan saat dia sihat, aku sangat bahagia direzekikan seorang ibu mertua yang menjadi idaman semua menantu. Rumah akulah yang menjadi pilihannya untuk bermalam sekiranya dia berkunjung ke ibu kota sedangkan ada 4 orang lagi adik beradik suami yang bermastautin di ibu kota.
Tetapi herdikan dan cacian ketika dia sakit dan kebencian yang dia tunjukkan terhadap aku di tahun-tahun akhir hayatnya, membuatkan aku sangat terIuka.
Sehingga aku amat berkira untuk menghadiahkan alfatihah atau berdoa untuknya. Apa perlu aku lakukan untuk membuang semua dendam di hati ini? – Lisa (Bukan nama sebenar)