Basikal dengan rekaan tayar segi empat jadi bualan ramai

Basikal dengan rekaan tayar segi empat jadi bualan ramai

Pernah tak korang terfikir, kenapa tayar kereta, motosikal atau kereta direka dengan bentuk bulat dan bukannya bentuk segi empat?

Sebenarnya, tayar direka sedemikian kerana bentuk berkenaan akan memastikan tayar dapat bergerak dengan laju dan lancar.

Namun, baru-baru ini sebuah basikal dengan rekaan tayar segi empat telah menjadi bualan warganet di Twitter kerana design itu dikatakan telah melanggar hukum fizik.

Lagi mengejutkan, basikal dengan tayar segi empat itu dapat berfungsi dengan baik.

Mesti ramai yang pelik, boleh ke tayar bentuk segi empat tu berpusing? Ha, rupa-rupanya, secara teknikalnya, tayar segi empat itu tidak sesuai dipanggil tayar, kerana jika dilihat dengan teliti, ia hanya lah bingkai berbentuk segi empat yang dilengkapi dengan trek.

Jadi, bukanlah tayar segi empat itu atau bingkai segi empat yang berpusing untuk menggerakkan basikal itu sebaliknya trek yang ada pada bingkai tersebut yang bergerak apabila dikayuh.

Kalau masih tak faham, korang boleh tonton video yang kami kongsikan ini.

Difahamkan, inovasi tersebut telah direka oleh jurutera, Sergii Gordieiev yang popular di YouTube dengan saluran The Q.

Apa-apa pun, inovasi ini tetap membuatkan ramai mind blown.