Batu Gajah pernah jadi lokasi paling popular di Malaysia, ini kisah Taman Tasik SM Noor

Batu Gajah pernah jadi lokasi paling popular di Malaysia, ini kisah Taman Tasik SM Noor

 

Sekitar tahun 1980 an, Taman Tasik SM Noor adalah merupakan taman tema yang terawal dibuka di Malaysia berbanding di lokasi lain.

Lokasinya terletak di Batu Gajah, Perak dan menjadikan Perak adalah satu lokasi tumpuan yang amat hebat pada satu ketika dahulu.

Pada waktu itu, tidak sah buat rakyat Malaysia untuk tidak datang ke sini kerana Taman Tasik SM Noor tersenarai dalam lokasi tumpuan pelancongan yang wajib dilawati.

Bila disebut sahaja Taman Tasik SM Noor di Batu Gajah inilah yang menjadi tumpuan. Ianya wujud sebelum zaman adanya Sunway Lagoon, sebelum zaman kegemilangan Kota A-Famosa dan Genting Theme Park.

Nostalgia Taman Tasik SM Noor Di Batu Gajah

Pada zaman kemuncaknya kegemilangan dan tumpuan, Taman Tasik SM Noor mendapat ramai pengunjung dari seluruh pelusuk negeri yang ada di Malaysia.

Terdapat juga rombongan sekolah yang kerap datang membawa murid-murid datang apabila tiba musim cuti sekolah.

Apa yang ada di dalam Taman Tasik SM Noor adalah Taman Buaya, Rumah Hantu, Bot Itik yang menyusuri Tasik Taman Mini Cina dan banyak lagi!

Nostalgia Taman Tasik SM Noor Di Batu Gajah

Taman Tasik SM Noor juga amat terkenal dengan lokasi terbaik untuk peminat dan penyanyi rock tanah air. Ramai kumpulan penyanyi rock tanah air pada waktu itu kerap membuat konsert di Taman Tasik SM Noor dan boleh dikatakan akan ada konsert pada setiap hujung minggu.

Pada akhir tahun 1980 an mendekati 1990 an, Taman Tasik SM Noor ditutup kerana masalah kegawatan ekonomi yang melanda negera kita pada waktu itu telah memaksa perkara ini berlaku.

Nostalgia Taman Tasik SM Noor Di Batu Gajah

Kini, kesan Taman Tasik SM Noor masih boleh dilihat di lokasi asal untuk membuktikan kewujudannya dan ia dapat meninggalkan jutaan perasaan nostalgia dan memori buat pengunjungnya pada waktu itu.

Siapa sangka kawasan di Batu Gajah, Perak yang ditinggalkan ini adalah tempat yang amat popular di Malaysia pada satu ketika dahulu.

Walau apa pun, semuanya kini tinggal kenangan, adakah anda pernah kesana?