Bayi lahir di KLIA, warganet saran ibunya letak nama ‘Siti Nur Airport’ atau ‘Klia Fairy’

Bayi lahir di KLIA, warganet saran ibunya letak nama ‘Siti Nur Airport’ atau ‘Klia Fairy’

 

Kelahiran bayi kadangkala tak dapat dijangka apabila ada ibu yang tidak sempat dibawa ke hospital dan melahirkan anak di tempat awam

Itulah yang dapat dilihat melalui perkongsian @MY_Airports di platform X berkongsi seorang ibu melahirkan anaknya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menerusi hantaran tersebut si ibu yang merupakan seorang penumpang dikhabarkan melahirkan anaknya di balai menunggu KLIA Terminal 1.

Pasukan Aviation Security (AVSEC) dikatakan pantas membantu dan memanggil pegawai perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Medilife Paramedic untuk membantu wanita terbabit.

Ibu bersama bayinya kemudian dibawa ke Hospital Serdang untuk rawatan dan pemantauan yang lebih rapi.

Image from @my_airports (X)

Susulan tularnya hantaran tersebut di platform X, ia telah meraih sehingga 306K views, 1.9K likes dan 539 reposts.

Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap hantaran berkenaan.

Image from @my_airports (X)

Image from @my_airports (X)

Image from @my_airports (X)

Menerusi tinjauan di bahagian komen, dapat dilihat netizen kagum bagaimana bayi tersebut mendapat tempat lahir di KLIA.

Tidak kurang juga ada yang berseloroh dengan mencadangkan nama bayi tersebut dikaitkan dengan lapangan terbang berkenaan.

Image from @my_airports (X)

Image from @my_airports (X)

Image from @my_airports (X)

Gempak weh dalam sijil lahir nanti tempat lahir tulis KLIA Terminal 1 kot!