Beberapa perkhidmatan Maybank akan berlaku gangguan pada 20 dan 21 Mei untuk penyelenggaraan sistem

Maybank menerusi satu kenyataan terkini memaklumkan bahawa gangguan perkhidmatan akan berlaku pada 20 dan 21 Mei hadapan.
Gangguan ini melibatkan perkhidmatan Maybank2u, perbankan mudah alih Maybank2u, perkhidmatan ATM dan terminal layan diri yang tidak akan beroperasi secara berperingkat diantara jam 3 hingga 7 pagi.
Our Maybank2U and Mobile Banking services will not be available on staggered basis on Saturday, 20 May 2023, 3:00 AM to 7:00 AM and on Sunday, 21 May 2023 from 3:00 AM to 7:00 AM.
For full details, visit https://t.co/opsCzbx6mP? (ENG) / https://t.co/DdZT2V5LO9? (BM)
— Maybank (@MyMaybank) May 17, 2023
Turut dimaklumkan, gangguan ini juga disebabkan penyelenggaraan sistem oleh Maybank.
Dalam masa sama mereka turut memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku dan menghargai kerjasama ramai pihak dalam isu ini.