Bekas CEO TH ini kongsi perbezaan kes 1MDB dan SRC yang anda perlu tahu

Bekas CEO TH ini kongsi perbezaan kes 1MDB dan SRC yang anda perlu tahu

1MDB DAN SRC MELIBATKAN KITARAN WANG YANG BERBEZA

Saya ada membaca beberapa perkongsian di media sosial yang cuba mencampuradukkan kes 1MDB dengan kes SRC. Ini semacam bertujuan untuk menggaitkan beberapa individu dengan kes SRC. Oleh kerana kes-kes ini agak kompleks, ramai orang mudah terkeliru.

Kes SRC melibatkan sukuk yang dikeluarkan oleh SRC dan dilanggan oleh Kumpulan Wang Amanah Pencen, sebuah institusi yang melabur bagi membayar pencen penjawat awam. Sukuk ini pula dijamin oleh kerajaan. Sebanyak RM 42 juta dari sukuk yang diterbitkan ini didapati telah masuk ke dalam akaun orang yang kena tuduh. Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan telah mendapati orang yang dituduh itu bersalah.

Kes 1MDB pula melibatkan pinjaman yang diambil oleh 1MDB yang dikatakan digunakan, antara lainnya, untuk melabur di dalam sebuah syarikat usahasama dengan Petrol Saudi. Kira-kira USD 700 juta dari dana ini telah dipindahkan ke dalam akaun orang yang kena tudah. Perbicaraan kes ini sedang berjalan sekarang.

Secara mudah, dana 1MDB melancong ke luar negara dahulu sebelum masuk ke akaun orang kena tuduh manakala dana SRC hanya melancong di dalam negara sahaja.

Walaupun SRC adalah anak syarikat 1MDB, dana-dana yang telah masuk ke dalam akaun orang yang kena tuduh itu bukannya dari sumber yang sama. Inilah sebabnya ada 2 kes yang berbeza di dalam perbicaraan yang berlainan. Jadi, tak bolehlah cerita berkenaan duit 1MDB nak dimasukkan ke dalam kes SRC.

Sekian, terima kasih.

Sumber – FB Nik Hasyudeen