Bekas IGP, TS Hamid Bador pilih pegawai polis jd teman hidup

Bekas IGP, TS Hamid Bador pilih pegawai polis jd teman hidup

Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador melangsungkan perkahwinan dengan pegawai berpangkat Deputi Superintendan (DSP) secara tidak langsung menamatkan zaman dudanya.

Memetik lapiran Kosmo. Pegawai polis wanita berkenaan, DSP Fazreena Abdul Karim dipercayai turut mengesahkan perkahwinannya dengan Abdul Hamid melalui satu tangkap layar perbualan melalui aplikasi Whatsapp yang tular di media sosial.

Majlis perkahwinan Abdul Hamid dan Fazreena yang difahamkan bertugas di Muzium Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu dipercayai berlangsung baru-baru ini.

Kosmo! sedang berusaha mendapatkan respons Abdul Hamid berhubung maklumat yang tular mengenai perkahwinan tersebut.

Terdahulu, Abdul Hamid dilantik sebagai Ketua Polis Negara secara kontrak selama dua tahun selepas bersara pada 3 Mei 2021 dan diganti dengan Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani. –