Bekas kekasih mengaku & mohon maaf, Hafidz Roshdi terus tutup komen di IG

Bekas kekasih mengaku & mohon maaf, Hafidz Roshdi terus tutup komen di IG

 

Kontroversi melibatkan pelakon, Hafidz Roshdi yang dikatakan mempunyai hubungan dengan wanita lain mulai terdedah apabila wanita tersebutAthira Yuhada mengaku sendiri dan memohon maaf kerana menjadi pengganggu dalam rumah tangga selebriti itu.

Tuan badan dah mengaku

Sebelum ini, Hafidz seakan menafikan dan tidak menjawab tuduhan tersebut termasuklah seakan memerli netizen yang sedang rancak bercakap mengenainya.

Pengakuan yang dibuat Athira Yuhada telah meleraikan persoalan ramai dan menyatakan yang Hafidz sudah cuba menghubunginya sejak 9 tahun lalu walaupun beberapa kali dia mengelak untuk menjadi orang ketiga.

Jangan lupa banyakkan berdoa

Susulan daripada itu, pelakon drama Mr. Donat Karamel ini sempat memuat naik satu qoute ke Insta Story miliknya dengan menitip pesan supaya kita semua  tidak berhenti berdoa walaupun kerap melakukan dosa.

Tiba2 dah tak dapat baca komen

Menjengah ke beberapa posting terbaru suami kepada Nurul Shuhada Mat Shukri yang dinikahinya pada 2016, hampir kesemua ruangan komen telah diletakkan di mood privasi susulan daripada pengakuan orang ketiga dalam rumah tangga mereka.

Dalam posting terakhirnya yang mengatakan baru selesai menonton filem Antman turut tidak terlihat lagi komen-komen netizen yang sebelum ini mengecam tindakan Hafidz bermain kayu tiga terhadap isteri.

Semua orang buat silap…

Macam mana nak baca komen?

Untuk rekod, awal minggu lalu, tular beberapa tangkapan layar Insta Story isteri kepada Hafidz Roshdi yang meluahkan perasaan berkenaan tindakan pelakon itu yang menjalinkan hubungan dengan wanita lain.

Dia yang merasa kecewa telah mendedahkan bahawa kepercayaannya telah dikhianati suaminya sendiri namun perkara itu seperti dinafikan oleh Hafidz apabila sempat membuat live di aplikasi TikTok seakan memberitahu yang rumah tangga mereka dalam keadaan baik-baik sahaja.