Bekas ketua setiausaha sulit akhirnya mengaku kesilapan Muhyiddin, dulu lupa nak bagi duit pada Felda

Bekas ketua setiausaha sulit akhirnya mengaku kesilapan Muhyiddin, dulu lupa nak bagi duit pada Felda

 

Bekas Ketua Setiausaha Sulit (KSUSK) kepada Tan Sri Mahiaddin Md Yassin, Datuk Marzuki Mohamad mengakui bekas perdana menteri itu tidak sempat menyediakan geran tahunan kepada Felda selepas melupuskan hutang peneroka.

“Diorang kata Tan Sri Muhyiddin tak sign geran untuk Felda sebanyak RM990 juta setahun.

“Itulah kesilapan TSMY. Lupus hutang peneroka tapi tak bagi duit kepada Felda.

“Mereka ni lupa kot. Selesai lupus hutang tahun 2021. Maka geran tahunan kepada Felda paling awal pun bermula tahun 2022.

“Muhyiddin terpaksa berhenti tahun 2021 sebab digoncang oleh puak-puak depa.

“Macam mana Muhyiddin nak sediakan geran tahunan kepada Felda untuk tahun 2022, 2023, 2024 dan seterusnya kalau dia dah berhenti tahun 2021?,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

MAHIADDIN BUKAN MENTERI KEWANGAN

Marzuki juga memberikan alasan, Mahiaddin bukan Menteri Kewangan untuk menandatangani surat memberikan wang kepada Felda.

Katanya, bukan Mahiaddin sepatutnya menyediakan kewangan untuk Felda tetapi Menteri Kewangan.

“Satu lagi. Yang nak sediakan geran tahunan kepada Felda ni Kementerian Kewangan. Tan Sri Muhyiddin Menteri Kewangan ke?

“Yang ini saya kena ulas sikit mengenai Akta Fungsi Menteri,” katanya.

Di bawah Akta ini, katanya, setiap Menteri ada bidangkuasa masing-masing.

“Perdana Menteri tak ada kuasa untuk buat apa-apa perkara yang berada di bawah bidangkuasa Menteri Kewangan.

“Apa lagi nak sign dokumen yang sepatutnya Menteri Kewangan sign,” kata beliau.